Selamat datang di web My Lepak. Untuk memastikan segala urusan anda menyenangkan dan konstruktif,  sila luangkan masa anda untuk membaca info-info ini, ini akan membantu anda dalam selok-belok komuniti terutamanya bagi ahli baru ;) Peraturan-Peraturan ini boleh diubah tanpa notis walaupun biasanya kami mengumumkan perubahan melalui pengumuman di Zon utama.
ZON FORUM
1) Baca dahulu sebelum posting! Mungkin apa yang ingin anda suarakan itu telah pun diterbitkan di dalam forum. Gunakan fungsi carian sebelum posting. Kemungkinan pertanyaan anda telah dijawab.
2) Sentiasa memastikan isu yang anda bawakan itu kena pada topiknya. Mana-mana artikel yang keluar dari topik akan dikunci, dipindahkan atau dihapuskan (seliaan group moderators).
3) Bersikap baik satu sama lain dan menghormati moderators. Kata-kata kotor dan penghinaan tidak akan diterima di sini. Jika anda mempunyai masalah dengan ahli komuniti web ini, sila sampaikan secara peribadi kepada moderators atau admin sendiri.
4) NO SPAM! Tidak dibenarkan sebarang iklan kecuali dengan izin admin.
5) Tidak dibenarkan sama sekali untuk anda meng-upload warez, cracks, serial atau software yang diperolehi secara haram ke server MYLEPAK.NET. Hanya link ke kandungan tersebut sahaja boleh diterima sebagai contoh, link dari Rapidshare, Megaupload dan sebagainya.
6) Jangan menghantar sebarang komen dengan hanya berisi SMILES atau apa-apa simbol sahaja.
7) Jangan menghantar soalan yang berkaitan dengan topik perbincangan di forum ini melalui mesej peribadi atau email ke Moderator atau Admin, tidak akan dilayan.
8) Jangan posting hanya untuk meningkatkan jumlah posting anda.
9) Jangan merungut atau mengeluh sekiranya isu yang anda post belum lagi dijawab. Sabar.
10) Perbincangan politik hanya di bahagian yang dibenarkan. Sila berbahas dengan bersih.
11) Arahan pasukan moderator wajib dipatuhi.