10 Gambar Yang Masih Menjadi Misteri

Pelik : firedauz 07/Dec/2014


 


Angkasawan Solway - Imej angkasawan yang muncul dibelakang seorang kanak-kanak ini diambil pada tahun 1964 dan masih menjadi misteri kerana saksi mengesahkan tiada sesiapa yang berpakaian tersebut ketika itu.

 

Cahaya Hessdalen - Fenomena cahaya misteri ini muncul secara tiba-tiba di langit Norway dan dilihat muncul dengan kerap sekitar tahun 80-an. Tiada kemungkinan atau jawapan logik untuk fenomena ini tetapi lebih menjurus kepada aktiviti UFO..
 

Raksasa Pulau Hook - Imej makhluk yang menyerupai belut gergasi ini diambil oleh jurugambar Stonehaven Bay yang pada mulanya menyangka makhluk aneh tersebut telah mati tetapi meleset apabila ia bergerak dan berenang sebelum hilang dari pandangan.

 

Misteri Tubuh Dari Siling - Gambar terkenal sekitar 1950 ini memaparkan imej satu tubuh lelaki dewasa yang kelihatan seolah-olah jatuh dari siling rumah tetapi pemilik gambar tersebut, Cooper tidak melihat sesiapa selain mereka ketika itu. Gambar ini menjadi kontroversi kerana terdapat refleksi bayang-bayang yang terpapar ke dinding dari tubuh misteri tersebut.
 


Black Knight - Black Knight merupakan objek misteri menyerupai pahlawan berkuda yang dikatakan mengelilingi bumi sejak 13 ribu tahun dahulu. Imej pertama diambil pada lewat tahun 1960 setelah beberapa bulan ia pertama kali dikesan oleh radar. Lebih aneh, orbit objek misteri tersebut berada pada paras rendah atau orbit peninjau yang pada teknologi ketika itu, tiada satelit direka untuk itu. Fakta tersebut menjurus kepada Black Knight mungkin satelit peninjau rahsia dari pihak tertentu.
 
Telefon Bimbit - Imej dari sedutan filem Charlie Chaplin 1928, The Circus ini memaparkan imej seorang wanita di belakang babak kelihatan bercakap dan ketawa dengan tangan di telinganya seolah-olah sedang menggunakan telefon bimbit. Apa yang aneh, telefon bimbit pertama diperkenalkan sekitar tahun 1973 oleh Motorola! Para pengkaji menganggap wanita tersebut mungkin seorang pengembara dari masa hadapan tetapi fakta ini tidak dapat dibuktikan.


 
 
 
Babushka Lady - Jolokan yang diberi kepada seorang wanita misteri yang berada dalam peristiwa pembunuhan John F.Kennedy pada tahun 1963. Apa yang misteri, wanita tersebut dianggap aneh kerana tindakannya untuk terus mengambil gambar sebelum bergerak dengan tenang walaupun ketika itu orang ramai sedang bertempiaran lari mencari perlindungan. Wanita tersebut tidak dapat dikesan sehingga kini.



Pertempuran Los Angeles - Beberapa bulan selepas serangan besar di Pearl Harbour oleh Jepun, tentera Amerika sekali lagi terlibat dalam satu serangan yang mungkin aneh kerana musuh mereka bukan tentera Jepun. Kejadian tersebut kekal misteri walaupun berita menyatakan ia hanyalah belon kaji cuaca yang disalah tafsir.




Pengembara Masa - Lagi imej pengembara dari masa hadapan dikesan. Foto asli ini diambil pada tahun 1941 memaparkan imej seorang lelaki dengan pakaian yang bukan dari zaman tersebut sambil memegang sejenis alat berkemungkinan kamera yang kelihatan moden.


 
Edna Cintron - Walaupun tragis, foto kontroversi yang memaparkan seorang wanita bernama Edna Cintron ini sedang berdiri di celah runtuhan WTC yang sedang terbakar pernah dianggap palsu kerana dari segi logik, bagaimana hanya wanita itu sahaja dilihat masih hidup di lokasi rempuhan yang masih panas terbakar itu.






 
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...