10 Kebaikan Madu Asli
1. Madu mengandungi aktioksidan dan flavonoid yang mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser.
2. Madu boleh digunakan sebagai penyembuh ulser dan jangkitan bakteria.
3. Enzim yang terdapat di dalam madu merupakan kandungan penting yang menghalang pembiakan bakteria dan kulat. Terdapat juga madu yang dikesan mempunyai beberapa jenis bakteria yang baik di dalamnya seperti lactobacilli dan bifidobacteria.
4. Madu dapat meningkatan tahap kecerdasan tubuh dan memulihkan tenaga dengan pantas.
5. Jika anda mengalami batuk dan rasa tidak selesa pada tekak, pengambilan madu dan air yang mencukupi dapat memberikan kelegaan segera dan mengurangkan kerengsaan tekak.
6. Ia juga dikatakan berguna dalam meningkatkan tahap penglihatan, penurunan berat badan, menyembuhkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang juga gangguan saluran kencing , asma, cirit-birit, serta loya.
7. Walaupun madu itu manis, ia bukanlah manis seperti pemanis tiruan atau gula putih, kemanisan madu dapat mengawal paras gula dalam darah.
8. Sifat semulajadi madu yang anti-bakteria mampu merawat luka dan kesan melecur dengan berkesan.
9. Bagi yang inginkan kecantikan kulit yang natural, amalkan penggunaan madu di dalam diet harian anda.
10. Yang paling penting, Rasulullah SAW berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah).
Jika Rasulullah sendiri sudah memberi jaminan, alasan apa lagi untuk kita menolak?
Jom amalkan.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input