Al-Quran Dari Darah Saddam

Pelik : firedauz 01/Jan/2013





Saddam Hussien pada era pemerintahannya dikenali dan dicop oleh Barat sebagai diktator dan kuku besi sehinggalah beliau dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan yang dianggap besar dan serius membabitkan keganasan global. Namun begitu, sebahagian rakyat masih menyanjunginya Walaupun kematian Saddam Hussien penuh dengan konspirasi.

Selepas kematiannya, banyak harta dirampas termasuklah sebuah Al-Quran yang dikatakan dakwatnya ditulis menggunakan darah Saddam. Beliau mendermakan sebanyak 27 liter darah selama 2 tahun projek penulisan quran itu berjalan.

Sekarang, kitab suci itu disimpan rapi di sebuah lokasi di Baghdad sementara menunggu keputusan pihak berkuasa agama samada perlu dimusnahkan atau disimpan. Wujud pertikaian berkaitan dengan kitab tersebut memandangkan ianya ditulis menggunakan darah Saddam sendiri yang dianggap melambangkan pengorbanan kepada Tuhan.

Apa yang dianggap pelik tentang Al-quran itu adalah kerana dakwatnya menggunakan darah Saddam dan menurut sorang professor di sebuah universiti seni, darah merupakan medium utama dalam pengguanakan cat serta dakwat. Darah akan membentuk formasi yang kekal dan tahan lama jika ianya dibiarkan kering.

Dari segi perubatan, 27 liter darah dalam masa 2 tahun yang didermakan Saddam itu melebihi sukatan yang disyorkan iaitu kurang setengah galon setahun bersamaan 5 hingga 6 pints. Jika Saddam mengikut sukatan yang disyorkan, dia akan mengambil masa selama 9 tahun untuk menyiapkan Al-quran tersebut.



ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...