Budak Paling Gila Selfie

Pelik : firedauz 27/Mar/2014


Danny Bowman, 19 tahun mungkin seperti remaja biasa yang gilakan gajet dan suka bergambar selfie. Namun, kegilaan Danny terhadap selfie bukan lagi satu hobi tapi lebih kepada ketagihan yang merisaukan kedua orang tuanya.

Danny mampu menghabiskan 10 jam untuk mengambil 200 selfie melalui iPhonenya setiap hari dan perkembangan ini dilihat serius setelah dia mula berkurung di dalam rumah dan tidak menghadirkan diri ke sekolah hampir 6 bulan. Danny cuba menjadikan dirinya seorang yang fotogenik, dia mula menurunkan berat badannya sebanyak 30 pounds. Ibubapa Danny berkeras dan cuba menghalang ketagihan selfie anak mereka namun Danny lebih bertindak agresif. 

Danny sedaya-upaya cuba mendapatkan shot selfie yang sempurna dan jika kurang memuaskan, dia merasakan ingin mati. Danny hilang segalanya dari segi kawan-kawan, pelajaran, kesihatan malah hidupnya sendiri apabila dia mula menggunakan dadah untuk menyelesaikan masalah yang dihidapi. Malang sekali Danny overdose dan mujur diselamatkan ibunya.

Jika diimbas kembali, Danny mula memuatnaik gambar selfienya ketika berumur 15 tahun dan apabila memerima komen-komen yang negatif dia menjadi sangat kecewa. jika dia medapat banyak komen pujian untuk gambar selfie yang dimuatnaik, Danny merasa sangat puas dan inginkan sesuatu yang lebih dari itu abgi mengejar impian untuk mejadi model lelaki.

Pada 2011, Danny mencuba nasib untuk tawaran menjadi model namun ditolak agensi atas sebab bentuk tubuhnya yang kurang sesuai. Dari situ segalanya mula menjadi makin teruk dan sukar buat Danny. Dia akan berdiri di hadapan cermin dan mula berselfie. Jika tdak suka, dia akan mengambil sekali lagi dan seterusnya. Danny pernah berselfie sebanyak 80 shot sebelum ke sekolah. Ketika baru bangun dari tidur, dia akan berselfie 10 shot dan 10 lagi ketika selesai mandi dan 10 lagi selepas bersiap.

Danny mengakui dia cuba berselfie sebaik mungkin untuk mendapatkan shot sempurna seiras bintang pujaannya - Leonardo Dicaprio.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...