Cinta Akhir Hayat

Semasa : eisha 02/Feb/2012


Sebuah kisah cinta yang menyayat hati berlaku kepada sepasang kekasih yang ingin membina mahligai perkahwinan mereka. Namun, takdir menentukan si gadis pergi lebih awal beberapa hari sebelum hari bahagia mereka.

Itulah yang berlaku pada Sarinya Kamsook 29 tahun dan teman lelakinya yang berusia 28 tahun, Chadil Deffy yang dirancang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Beberapa hari sebelum perkahwinan, Sarinya terlibat dalam kemalangan kereta yang mengakibatkan kecederaan agak serius dan telah dibawa ke hospital. Namun, pada masa yang sama unit kecemasan hospital agak sesak dengan pesakit dan dia terpaksa menahan kesakitan selama 6 jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Deffy dan Sarinya telah bersama selama 10 tahun dan pernah beberapa kali menunda hari perkahwinan kerana kesibukan kerjaya di samping keinginan Deffy untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.

Untuk menunaikan impian terakhir mereka, Deffy mengambil keputusan untuk mengahwini Sarinya yang sudah pun tidak bernyawa lagi demi membuktikan kesetiaan cinta mereka.








ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...