Haiwan Gynandromorph Yang Unik

INFO : firedauz 19/Nov/2013


Ginandromorf ialah organisma yang mengandungi kedua-dua sifat jantan dan betina. Istilah ginandromorf, yang berasal dari bahasa Yunani iaitu "gyne" betina dan "andro" jantan, digunakan terutamanya dalam bidang kajian Lepidoptera (kupu-kupu/rama-rama) atau entomologi (semua serangga). 

Ciri-ciri ini terdapat pada kupu-kupu, yang mana kedua-dua ciri jantan dan betina boleh dilihat secara zahir kerana dimorfisme seks. Kejadian-kejadian ginandromorfisme turut dilaporkan pada krustasia, terutamanya udang galah, sesetengah ketam dan juga burung. Punca fenomena ini lazimnya merupakan kejadian luar biasa dalam mitosis sewaktu perkembangan awal. Sedangkan organisma itu hanya sebesar beberapa sel, salah satu sel yang berpecah gagal berpecah kepada kromosom seksnya dengan betul. 

Ini menyebabkan salah satu daripada dua sel mempunyai kromosom jantan dan satu lagi sel mengandungi kromosom betina. Contohnya, sel XY yang menjalani mitosis menggandakan kromosom, menjadi XXYY.


Biasanya sel ini berpecah kepada dua sel XY, tetapi jarangnya sel boleh berpecah menjadi satu sel X dan satu sel XYY. Jika ini berlaku pada perkembangan awal, maka sebahagian besar sel adalah X sebahagian besar lagi XYY. Oleh sebab X dan XYY melahirkan jantina yang berbeza, organisma itu mempunyai sebahagian tisu yang betina dan sebahagian lagi yang jantan.

Secara lazimnya, ginandromorf ini berlaku kepada serangga seperti kupu-kupu namun ada laporan menyatakan ianya juga berlaku kepada haiwan bersaiz sederhana seperti keluarga burung.
gynandromorph 1a

gynandromorph 3

gynandromorph 4a

gynandromorph 5

gynandromorph 6a

gynandromorph 6b

gynandromorph 7a

gynandromorph 8a

venus

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...