Isu Cadbury : Adakah Satu Konspirasi?

Semasa : firedauz 08/Jun/2014


Artikel dari Facebook dan tidak dapat dipastikan siapa penulis sebenar.

Salam. Ni isu Cadbury.. Mohon amik masa baca. Dan kalau bleh tolong share. Ni dr apa info yg aku dpt.

Adik aku kerja di HDC. Halal development corporation. Apa bidang kerja HDC, korang cri lah sendiri ya.

Tp salah satu kerja HDC ni, mrk akan follow Jakim melawat kilang @ premis yg mohon Halal/pemeriksaan berkala.

Isu Cadbury ni.. Salah sorang pegawai hdc, kwn adik aku ni ada join melawat pemeriksaan kilang cadbury pd bulan FEB 2014. Menurut dia cadbury SGT2 menitik beratkan kebersihan dan mengikut protokol halal yg ditetapkan oleh Jakim. Sgt2 bersih sampai ustaz tu ckp dia cam berselera nk makan coklat kat.

So bila timbul isu dna babi dlm coklat cadbury.. pegawai tu la yg paling terkejut. Macam mana bleh ada babi??

Bila aku borak2 dgn adik aku psl isu ni.. dan bila dengar info ni dr adik aku. Dan bila aku tahu ramai pemegang cadbury ni bumiputra dan agensi kerajaan. 1 je yg aku terfikir. RED BEAN ARMY dan seangkatan dgn nya. Menyirap darah aku..

Tp aku still xpuas hati kenapa cadbury xminta maaf bila isu ni timbul?

Ni adik aku ckp. Cadbury berjumpa dgn Jakim. Cadbury SERAHKAN SEMULA sijil halal mereka. Cadbury minya Jakim periksa semula kilang Cadbury. Jika Jakim dapati cadbury follow protokol halal, maka pulangkan semula sijil halal mereka.

Hati2.. musuh islam dlm Malaysia ni dh bergerak cam yahudi. Mrk tahu bab makanan berbabi ni sgt2 sensitif. Org islam malaysia akan cepat melatah bila dpt tahu cadbury tu ada babi. Ni salah satu cra mrk nk jatuhkn cadbury.

Ada sesiapa ingat psl roti gardenia diperdajalkan oleh roti massimo. Camtulah situasi yg kena pd cadbury skang. Kita kena cri siapa yg menghantat coklat cadbury ke kkm utk diuji kaji tu.

Oh ya 1 lg.. adik aku ckp.. coklat yg byk xhalal tu sebenarnya sgt2 byk di jual di langkawi. Especially coklat import. Mana ada logo halal kat coklat tu. Tp coklat camtu lah yg kita buat borong byk2. Siap bg sedare n kawan2 lg.

Kat bawah ni wazzup yg adik aku bg. Sila lah baca ya.

CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP

Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"
Wallah hu 'alam..

 

avatar
1 sinimari • 9:55 AM, 09/Jun/2014
bende gini yang aku makin konpius ni. bace rase mcm betul je. kene kaji dulu la pengurusan cadbury malaysia ni. kalau betul bumiptra yang pegang, aku sapot je.

avatar
2 firedauz • 1:57 PM, 10/Jun/2014
Kami just kongsikan je. Jika bende ni tak betul, member2 tolong bagi hujah dan kami sedia remove.

avatar
3 yana • 11:36 AM, 11/Jun/2014
Betul ke nie? cadbury tue fav ak

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...