Koleksi Kisah Lawak #November

LOL : firedauz 10/Nov/2012




Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-


PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?


Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????

====================================================


Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... .

====================================================



Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??”

=====================================================


Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya. Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong. "Bagus sekali!” kata lelaki tersebut. "Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!”

=====================================================

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

==================================================



Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena: Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena: Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh

==================================================

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...

Tiba-tiba ibunya mencelah, Telurnya mana?
Jamal menjawab, Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!

==================================================

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!

====================================================

*Dekat stesen bas
A: Hai awak . 
B: Hai . 
A: Dari mana ? 
B: Daripada shopping complex tadi . 
A: Oo , duduk sini tggu bas eh ? 
B: EH , mana ada, tunggu kapal selam --'



ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...