Lidah Berbulu Selepas Menjilat Katak
Kajian saintifik menemui sejenis katak Bufo Alvarius yang pada lapisan kulitnya mengandungi bahan aktif yang jika dijilat boleh mengakibatkan halusinasi pada seseorang, sama kesannya seperti pengambilan pil ecstasy. Namun, malang menimpa buat Sammy Blythe, 17 tahun dari Colorado yang ingin mencuba keseoronokan khayal umpama ecstasy tetapi dengan cara yang berisiko sekali.
Pada mulanya dia yang kehabisan pil E tersebut dipengaruhi oleh rakannya agar mencuba menjilat bahagian belakang katak yang dikatakan dapat memberi kesan sama seperti pengambilan ecstasy. Tanpa berlengah, Sammy terus ke tepi sungai berdekatan dan mula mencari katak paling besar yang dapat ditemuinya. Tidak berfikir panjang, katak tersebut terus dijilat dengan rakus. Setelah lama menanti, tiada satu kesan pun yang terjadi padanya tetapi berasa letih dan terus pulang ke rumah.
Keesokan harinya, Sammy terkejut selepas menyedari lidahnya berasa seperti berbulu dan seolah hilang deria rasa. Menurut doktor yang merawatnya, Sammy tersalah memilih katak dan kesan tersebut akan berlarutan selama 3 minggu atau sebulan.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input