Perbezaan Blog Dan Website

INFO : firedauz 23/Nov/2011


Perbezaan antara blog dan website selalunya disalah ertikan dalam konteks definisi dan fungsinya kini ( ade sape kesah sebenarnya? ). Blog atau blogging adalah antara perkataan atau terms yang digunapakai pada masa ini bagi merujuk kepada sesuatu laman web. Bagi yang masih baru, mereka akan terkeliru di sini. Jadi, kat sini aku nak terangkan serba sedikit apa itu blog dan website.



Senang cerita, blog ni macam sejenis website iaitu web log (Blog). Website tu adalah nama rasmi atau yang pertama digunakan untuk merujuk kepada 'laman dalam jaringan' atau web-site. Paham? Website pulak ada dua jenis utama - jenis dinamik dan jenis statik.


Perbezaan ketara bagi website dan blog ni adalah cara kita sampaikan sesuatu bahan tu kepada pelawat. Kenapa blog lebih digunakan sekarang? Menurut Wikipedia, Blog dalam terma web log adalah sejenis website atau sebahagian dari website yang selalunya dikemaskini setiap masa.

Blog dikatakan lebih mesra pelawat dan bahasa yang digunakan pula santai dan mudah difahami. Tetapi sekarang ni, dah ramai website yang menggunakan pendekatan macam blog dah.

Dalam sesebuah blog, setiap bahan yang diterbitkan dipanggil 'posts' seperti apa yang anda baca sekarang ni. Setiap post mempunyai alamat tersendiri (url) tetapi, bagi blog, pada halaman utamanya akan dipaparkan post terbaru yang diterbitkan mengikut urutan tarikh. Inilah blog.



Bagi website pulak, selalunya pada halaman utama akan dipaparkan bahan yang statik. seperti kata alu-aluan, infoweb dan lain-lain. Pelawat perlu mencari link atau navigasi yang diberikan jika ingin melihat sesuatu bahan. Bahan di dalam website juga selalunya dalam keadaan statik di mana ianya akan dikemaskini mengikut keperluan.

Mengapa pilih website? Website sebenarnya boleh menjadi dinamik. Ianya penuh dengan modul dan tidak terhad dalam penggunaan kod-kod internet. Dalam sesebuah website juga boleh diwujudkan blog ( Mylepak.net adalah website dan korang sekarang berada dalam modul blog  ). Bukan tu ja, website jugak boleh ditambah modul photo gallery, videos, online games, forum dan lain-lain dan ianya berada bawah satu bumbung. Satu lagi yang utama, website selalunya mempunyai kelebihan 'register'. Maknanya pelawat boleh mendaftar dan menjadi rakan pada website tersebut.



Perbezaan ni sebenarnya tak memberi apa-apa kesan pada pengguna internet biasa. Yang penting korang jumpa info yang dicari.


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...