Petani Cipta Kereta Berkuasa Angin

Seorang petani di China yang berumur 55 tahun muncul dengan satu idea ciptaan yang mengagumkan yang mungkin dapat menjadikannya seorang jutawan. Kita selalu sangat dah ditunjukkan dengan kenderaan yang menggunakan bahan api altenatif dan mesra alam dengan alasan untuk penjimatan yang maksimum. Tetapi idea Tang Zhengping sangat menarik. Kereta berkuasakan angin. Ia direka hanya dalam masa tiga bulan sahaja dan berpotensi untuk mencapai kelajuan sehingga 140Kmj.

Menurut Zhengping, kereta ini bergerak menggunakan kuasa bateri dan sebuah generator yang akan dicas dari kipas yang digerakkan oleh angin. Dua sayap solar di belakang juga berperanan untuk mengecas kuasa kepada bateri. Jadi, kereta ini dapat bertahan lama dari kereta elektrik yang moden yang biasanya tiada generator.

Zhengping sememangnya amat menggemari barangan elektronik sejak kecil dan idea kereta ini dipendamnya sejak 30 tahun yang lalu. Kipas yang terletak dihadapan akan mula memberikan kuasa mengecas sehingga 1.21 Gigawatt ketika kereta mencecah kelajuan 60kmj dan kuasa tersebut 3 kali lebih kuat berbanding pengecas kereta elekrik lain. Ini memang sebuah kereta elektrik tetapi ianya dibantu oleh kuasa angin.

Korang boleh saksikan video yang menunjukkan demo yang dilakukan Zhengping. Ada yang memuji dan ada juga yang memandang rendah keupayaan keretanya. Namun, semangat dan cita-cita pakcik ni amat menarik dan mengagumkan bagi seorang petani.
- Gaun Pengantin Yang Gile Panjang
- Gelagat Penumpang Kapal Terbang Yang Jarang Kita Nampak
- Makanan Pelik : Sup Kelawar
- Sapu Jalan China Mali..
- Flight Paling Mendebarkan Bagi Lelaki Ni
- Orang Pertama Jatuhkan iPhone6 ( tak sengaja )
- Komunikasi Makhluk Asing Dikesan Di Malaysia
- Koleksi Gitar Yang Menarik
- [Info sihat] Punca Kerosakan Hati
- Di Sebalik Wajah Seram
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input
