Sukan Unik Di Dunia

INFO : firedauz 22/Mar/2013


Istilah 'sukan' selalunya merujuk kepada atlit yang berkebolehan dalam skill tertentu dan seterusnya menjadi pemain kepada aktiviti mahupun acara yang disertai. Namun, selain sukan-sukan standard yang dikenali di seluruh dunia, korang mesti belum tau masih ada sukan unik yang boleh dikatakan agak popular di negara tertentu. Jika sukan itu asing bagi korang, bukan bermakna ianya pelik.. open up your mind.


Wife Carrying

Sukan ni mungkin dapat menguji tahap kesetiaan dan keromantikan si suami kepada isterinya :) Sukan ni pertama kalinya diperkenalkan di Finland dan peraturannya mudah ja, suami hanya perlu membawa isteri ke satu destinasi yang ditetapkan dan juara dikira berdasarkan masa terpantas.





Chess Boxing

Chess dan boxing. Dua jenis sukan yang digabungkan dalam satu situasi yang unik. Pemain akan bermain dalam boxing dan akan berhenti seketika untuk menyambung permainan chess sebelum kembali ke gelanggang boxing semula. Pemenang akan dikira berdasarkan dominasi pemain dalam kedua-dua permainan tersebut.





Underwater Hockey

Underwater hockey ( hoki bawah air ) juga dikenali sebagai Octopush bukan la seperti hoki biasa dari segi peraturannya. Sukan ni jenis non-contact. maksudnya tiada tolakan mahupun himpit menghimpit antara pemain dan mereka hanya perlu menolak cakera ke dalam goal sahaja.





Kabaddi

Kabaddi bukan pelik di kalangan masyarakat India. Sukan ni begitu popular selain kriket. Kabaddi dalam bahasa Hindi bermaksud menahan nafas. Sukan ni juga menjadi sukan utama di Bangladesh.





Buzkashi

Sukan ni mirip kepada sukan polo yang memerlukan pemain bekemahiran tinggi dalam menunggang kuda. Sukan yang agak popular di Pakistan ni boleh dikatakan agak ganas kerana pemain perlu merampas kambing yang dibawa lawan sambil menunggang kuda sebelum lawan sampai ke garisan gol. 





Bossaball

Bossaball merupakan sukan hibrid terbesar pernah diwujudkan. Ia gabungan antara bola tampar, bola sepak, gimnastik dan capoeira. Sila search di Youtube untuk melihat aksi hebat sukan ni.





Disc Golf

Juga dikenali dengan nama Frolf dan Frisbee Golf dikatakan agak menarik. Pemain selalunya akan disediakan dengan dua jenis cakera atau Frisbee. Jenis jarak jauh dan jenis jarak tepat. Pemain harus bijak memilih cakera mana yang perlu digunakan untuk memenangi perlawanan tersebut.




Sebenarnya masih banyak lagi sukan unik di seluruh dunia yang belum diperkenalkan. Selalunya sukan unik macam ni bermula atau wujud dari permainan rakyat tempatan. Sapa tau satu hari nanti congkak turut tersenarai sebagai sukan unik di dunia :)




ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...