Tanda Korang Jenis Yang Boring

INFO : firedauz 21/Apr/2014


1. Korang suka kalau kawan kensel plan

Kalau korang bukan jenis yang suka bersosial, yang suka lepak-lepak minum dengan geng kat luar, korang akan rasa hepi dan senang hati kalau kawan yang ajak korang keluar tu batalkan plan. Tanda ni jelas menunjukkan korang bakal menjadi seseorang yang memboringkan.

2. Rutin harian korang sama je

Korang berada dalam keboringan yang serius kalau rutin harian sama ja setiap hari. Bangun pagi, mandi, makan, pegi keje, balik keje, mandi, makan, tido. Berulang lagi keesokkan harinya... Kalau cuti pulak, bangun tido, mandi, makan, online, tido, makan, online, makan, mandi, makan, tido..

3. Korang tak pernah melancong

Hidup korang jugak penuh dengan keboringan sehinggakan korang tak pernah atau jarang sangat pergi melancong atau bersiar-siar luar dari kawasan kebiasaan korang. Paling jauh pun pegi tempat keje je.

4. Tak banyak bersembang

Jika rutin harian korang dan jadi major dalam kehidupan semasa, aktiviti sosial korang pun semakin dingin dan tandanya korang jarang bersembang dengan kawan-kawan.

5. Bersembang pun cepat-cepat

Kalau ada bersembang pun, korang lebih banyak straight to the point dan topik yang korang cakap tu pun tak bertahan lama. Sekali ditanya, sekali dijawab dan tukar pulak ke topik lain. Pun sama juga. Very serious problem.

6. Korang sangat serius

Bila bersembang dengan kawan-kawan, korang lebih cenderung untuk menjadi serius dan mungkin akan mudah terasa jika gurauan dari kawan korang tu sedikit pedas..

7. Banyak komplen

Korang jenis yang suka komplen je dalam segala hal. Perlu diingat bukan semua orang suka dengar komplen korang tu. Kawan-kawan akan mengelak untuk bersembang dengan korang sebab malas nak layan komplen tu.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...