Terowong Unik Di Dunia

WOW : firedauz 28/Jul/2012


Terowong merupakan salah satu rekaan manusia yang selalunya merentasi bukit, gunung dan sebagainya. Namun, ada terowong yang menjadi tarikan pelancong bila lokasinya dianggap unik dan mempersonakan.



The Tower Tunnel, Jepun. Terowong yang menembusi bangunan Gate Tower Building di Osaka merupakan salah satu kehebatan teknologi pembinaan oleh manusia. Dinding terowong dibina khas bagi mengelakkan bunyi bising atau gegaran kepada bangunan.




Pada 1937, sebatang pokok telah tumbang dan menghalang jalan dari dilalui oleh kenderaan di Sequoia National Park, AS. Namun, setahun selepas itu baru la ada pekerja yang membuat 'terowong' pada batang pokok tersebut dan ianya kekal hingga kini.





Tunnel Of Love, Ukraine. Mungkin salah satu terowong paling indah di dunia dengan formasi tumbuh-tumbuhan sekeliling membentuk terowong yang penuh natural dan hijauan. Ramai yang tidak tahu lokasi terowong ni menyebabkan ianya kekal terpelihara rapi.




Tunnel Rock, AS. Terletak di laluan masuk ke Sequoia National Park dan hanya khas untuk laluan pejalan kaki.




Natural Tunnel, AS merupakan formasi semulajadi yang membentuk laluan yang cukup lebar untuk sebuah keretapi melaluinya.






Guoliang Tunnel, China merentaso gunung Taihang ni agak unik sebab dibina oleh 13 orang penduduk tempatan dan mengambil masa lebih 5 tahun untuk disiapkan laluan sepanjang 1200 meter. Ianya dibuka kepada trafik pada 1977.


avatar
1 Don • 5:57 PM, 11/Aug/2012
tolong nanya, umurku 15th, boleh ngak aku latiahn squat dengan beban seperti pada gambar diatas, krn aku kan main basket biar lompatannya jadi ringan n tinggi.thx [tolong jawabnya di emailku ya...]

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...