The Wettest Place On Earth

INFO : firedauz 10/Sep/2014






Tahukah anda terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai The Wettest Place On Earth atau tempat paling lembab di dunia?

Terletak di timur laut India, Meghalaya menjadi tempat paling lembab dengan taburan hujan setinggi 467 inci setahun.

Nama "Meghalaya" bererti "Rumah Awan" dalam bahasa Hindi dan Sanskrit. Meghalaya ialah sebatang jaluran berbukit berjarak 300 km panjangnya (timur-barat) dan 100 km lebarnya, dengan jumlah keluasan kira-kira 22,429 km². Bilangan penduduk berjumlah 2,175,000 pada tahun 2000. Negeri ini bersempadan dengan Assam di utara dan Bangladesh di selatan. Ibu negerinya ialah Shillong yang diduduki 260,000 orang.

Kira-kira satu pertiga kawasan negeri ini berhutan. Kawasan ekologi hutan subtropika Meghalaya merangkumi negeri; hutan gunungnya berbeza daripada hutan tropika tanah pamah di utara dan selatan. Hutan-hutan Meghalaya terkenal kerana biodiversiti mamalia, burung, dan tumbuh-tumbuhan.
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...