Tips Sebelum Beli Games
BACA REVIEW
Ok, sekarang ni tak susah kalau nak cari review-review tentang games terbaru, Cuma tanya pakcik google ja. Tapi aku nak cadangkan korang cari review kat IGN.com ataupun Strateg Informers.com yang mana review diorang sedikit sebanyak dapat membantu kita faham status games yang kita nak dapatkan nanti.
TENGOK YOUTUBE
Bila dah baca review, fahamkan lagi dengan tengok video2 dalam Youtube pasal games tu. Selalunya IGN.com akan menerbitkan review versi video dan review mereka memang berkualiti. Tak rugi pun kalau kita tengok video sebelum kita main games tu. Jangan lupa baca komen-komen kat youtube tu yang kadang2 boleh buat kita lagi faham.
KUALITI
Sesetengah gamers macam aku memang mementingkan aspek kualiti seperti grafik, bunyi. Benda macam ni sedikit sebanyak menaikkan mood untuk bermain dengan lebih konsisten. Heheh.. tapi, ada juga yang tak kesah benda macam ni asalkan seronok main suda.. gamers macam ni selalunya kaki gerne RTS. Diorang tak kesah pasal grafik pun.. tapi, bagi die hard fan FPS, grafik memang penting. Begitu jugak kaki Racing.. kalau boleh, diorang nak kereta dalam games tu sebijik2 sama macam real life punya.
SPESIFIKASI
Bila dah mementingkan aspek kualiti tu, pastikan juga pc korang dapat handle games tu.. jangan nanti hati jadi frust or sakit hati sebab tak dapat run games tu dengan baik. Salahkan diri sendiri yang beli games tak ukur kemampuan pc dulu. Games sekarang ni semua memerlukan specs pc yang tinggi sampai pc 2007 kebawah dah tak dapat nak handle games 2009 keatas..perlu diupgrade.
POPULARITI
Bila cakap pasal populariti, banyak games sekarang ni bersandarkan pada populariti tak kira dari siri terdahulu mahupun populariti dari games lain. Contoh, bila orang dah main Call of Duty 4 : Modern Warfare yang best tu, sampai bila2 pun orang tetap akan anggap siri CoD selepasnya akan lebih gempak macam CoD : MW 2, Black Ops dan yang tengah dinantikan ketika ini, CoD : MW 3. Begitu juak dengan siri GTA yang sememangnya sentiasa menjadi kontroversi.
KENALI PEMBANGUN
Bagi kaki gamers yang tak kenal sapa tu Electronic Arts, Valve, Rockstar Games, Codemasters, sememangnya dia tak layak dipanggil gamer sejati. Bila kita nak dapatkan sesuatu games, pastikan games tu dibangunkan oleh jenama2 yang terkenal.. sekurang2nya jenama terkenal tu jadi Publisher pun dah cukup sbb populariti diorang memang besar dan diorang takkan support games yang akan menjatuhkan jenama diorang. Jadi,games yang diorang selalu support biasanya berkualiti dari segi gameplay. Contoh, games Bulletstorm yang dibangunkan oleh Epic Games tetapi diterbitkan EA Games.
| |
- Cara Nak Buat Jiran Anda Cuak
- "Honey, ade honey la atas siling rumah kite.."
- Bapak Segala Bubble Gum
- Koleksi Gitar Yang Menarik
- Gambar Dah Cun Tapi....( NSFW )
- Teka Berape Umur Budak Ni?
- Cara Ganas Sediakan Minuman
- Koleksi Kisah Lawak #November
- Tsunami Di Panama
- Padamkan Lilin Guna Aura Tumbukan Padu
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input