10 Kebaikan Sayur Brokoli

INFO : firedauz 15/Sep/2014




Sistem Saraf
Brokoli mengandungi jumlah pottasium atau kalium yang tinggi dan berupaya membantu mengekalkan sistem saraf yang sihat dan fungsi otak yang optimum, dan juga menggalakkan pertumbuhan otot.

Tekanan Darah
Selain kaya dengan kalium, Brokoli juga mengandungi magnesium dan kalsium yang membantu mengawal tekanan darah.

Vitamin C
Semangkuk brokoli mengandungi RDA vitamin C, antioksidan yang diperlukan tubuh manusia dan juga penyembuh yang berkesan untuk melegakan ketidakselesaan selesema biasa.

Kesihatan Tulang
Brokoli mengandungi tahap kalsium dan vitamin K yang tinggi, kedua-duanya adalah penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Penlindung Kulit
Brokoli membantu dalam membaiki kerosakan kulit serta menyahtoksik dan membaik pulih secara berterusan.

Sistem Imunisasi
Mineral yang terdapat di dalam brokoli seperti zink boleh membantu bertindak untuk mengukuhkan pertahanan imunisasi tubuh.

Pencegahan Kanser
Bukan saja mempu mengurangkan risiko gastrik, brokoli juga mengandungi indole-3-carbinol, sebatian antioksidan yang kuat serta dapat menghalang pertumbuhan kanser payudara, pangkal rahim dan prostat, juga meningkatkan fungsi hati.

Diet
Brokoli kaya dengan serat, yang membantu dalam penghadaman, mencegah sembelit, mengekalkan gula dalam darah yang rendah, dan membendung selera makan berlebihan. Tambahan pula, satu hidangan brokoli mempunyai banyak protein menyamai secawan beras atau jagung.

Kesihatan Mata
Kajian telah menunjukkan bahawa amalan pemakanan brokoli berupaya menjaga kesihatan mata selain dapat menghalang pembentukan katarak akibat pengaruh usia. Ia juga membantu mengekalkan penghilatan yang terang dan baik.
 
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...