Fakta Tentang Gangnam Style

Hiburan : firedauz 02/Jan/2013




Korang mesti dah layan lagu terhangat di dunia sekarang ni kan? Gangnam Style dari Psy. Dia bukan ja dah pecahkan rekod Youtube views Rebecca Black yang popular dengan 'Friday' - FYI, Rebecca Black popular dari internet MEME - malah dah pecahkan rekod lagu JB dengan lebih 1 billion views!


Kenapa, mengapa, apakah yang menyebabkan Gangnam Style begitu popular dan hangat yang terhangat dalam sejarah?

Kita selongkar sikit fakta menarik tentang lagu berpuaka ni.


1. Gangnam adalah nama bagi sebuah kawasan di Seoul, Korea yang boleh dikatakan khas untuk golongan berada. Kalau kat Hollywood ada Beverly Hills, di Korea, Gangnam la tempatnya.

2. Nama PSY adalah singkatan bagi Psycho, bunyinya lebih kurang macam ni - *sigh*

3. Oppan (yang disebut "Oppan Gangnam style”) adalah nama panggilan yang digunakan untuk abang atau abang yang lebih tua.

4. Tarian kuda yang dilakukan oleh Psy sebenarnya terhasil selepas beberapa siri ujian dilakukan termasuk tarian kanggaru.

5. Psy sudah berkahwin dan mempunyai sepasang kembar perempuan.

6. Pada 2002, Psy ditahan kerana memiliki ganja.

7. Sebuah restoran korea yang beroperasi di Los Angeles telah mengubahsuai dan mendekorasikan restoran tersebut mengikut mood gangnam Style tanpa kebenaran Psy. bagaimanapun, Psy tidak berhasrat untuk menfailkan saman.

8. Gangnam Style adalah lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya.

9. Psy telah menandatangani kontrak bersama label Scooter Braun. JB juga dibawah Scooter.

10. Psy membesar bersama dengan lagu-lagu dari  Queen, Aerosmith dan Def Leppard.

11. Sekarang, Gangnam Style menjadi terlalu popular sehinggakan Psy ingin menamatkan ketaksuban tersebut.




ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...