10 Selebriti Hollywood Bersama Haiwan Peliharaan Pelik

Hiburan : firedauz 31/May/2013




Pelakon sensasi Transformers, Megan Fox mempunyai banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan juga burung kakaktua namun dia juga memiliki seekor kucing bengal dan seekor khinzir bernama Piggy Small.




Kristen Steward memeliharan sejenis anjing kacukan serigala yang mempunyai wajah menggerunkan tetapi bagi dirinya, haiwan itu sangat sweet..




Mike Tyson dikatakan memiliki tujuh ekor harimau di rumahnya di Las Vegas ( tidak dipastikan sama ada masih memilikinya hingga kini ) dan juga burung merpati.




Dalam filem Hannah Montana, Miley Cyrus dikehendaki berlakon bersama ayam. Kini, dia memilih untuk menjadikan haiwan itu sebagai peliharaannya.



Reese Wtherspoon terpaksa berdepan dengan aduan jirannya yang terganggu dengan bunyi bising dua ekor keldai peliharaan Reese bernama Honky dan Tonky.




George Clooney pernah memeliharan seeokor khinzir selama 18 tahun sehingga mencapai berat 300 pound dan haiwan itu juga dibawa tidur bersamanya di bilik, di set penggambaran dan lain-lain. Bagaimanapun, haiwan itu mati pada tahun 2003.

Paa tahun 2010, penyanyi Kelly Clarkson mendapat dua ekor kambing bernama Nitrous dan Billy Joel sebagai hadiah krismasnya.




Nicolas Cage dikenali sebagai seorang yang suka berbelanja besar, dia berbelanja untuk memiliki haiwan peliharaan exotik dan berbahaya iaitu dua ekor ular tedung dan juga seekor sotong kurita.

Leonardo DiCaprio membeli seekor kura-kura jenis sulcata pada tahun 2010 seberat 38 pound, haiwan exotik tersebut mampu hidup selama seratus tahun dan mencapai berat 20 pound.

Artis yang penuh dengan kontroversi, Paris Hilton juga termasuk dalam senarai ini apabila dia juga turut memelihara sejenis kinkajou, namun dia pernah dikejarkan ke hospital apabila haiwan tersebut menggigitnya, setelah itu Paris dikatakan tidak mahu lagi memelihara kinkajounya dan kini dia memelihara seekor ferret.
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...