Ketagih Untuk Makan Kalajengking

Pelik : firedauz 30/May/2013





Seorang petani dari Iraq, Ismail Jasim Mohammed mengakui dirinya kini semakin ketagihan untuk memakan kalajengking setiap hari dan akan menjadi runsing jika tidak memakannya.

Kalau di Barat, David Gracer yang suka memakan serangga mengakui keenakkan dan khasiat serangga yang menjadi pilihannya tetapi dia mungkin tidak maksudkan untuk memakan kalajengking seperti Louis yang memakan hidup-hidup haiwan tersebut dan videonya dimuatkan ke Youtube. Di sebahagian negara Asia seperti Thailand, Vietnam dan China juga ada memakan haiwan ini yang selalunya akan dibakar atau digoreng.  Tidak bagi Ismail kerana haiwan berbisa tu sudah menjadi menunya sejak 15 tahun dahulu.

Pada mulanya, Ismail selalu disengat kalajengking di sekitar kampungnya dan mungkin geram dengan haiwan tersebut, suatu hari dia menangkap dan terus memakannya hidup-hidup. Sejak itu, dia terus merasa ketagih walaupun disengat beberapa kali di mulut namun ia menjadikan imunisasi tubuh Ismail semakin tahan terhadap sengatan kalajengking.





ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...