Apa Yang Boleh Dibeli Di Internet?

LOL : firedauz 11/Mar/2013


Dengan menggunakan internet, kita boleh beli pelbagai barang yang kita mahukan dan ada kalanya tiada di pasaran luar. Semua ni menyeronokan dan mudah. Betul tak? Tapi, tahukah korang yang kita boleh beli macam-macam barang yang tak terpikir pun akan terjual di internet.

Antara yang terpelik, Gas kentut di dalam balang kaca.



 Oh my.... kenapa benda macam ni pun ada orang nak jual? Pompuan plak tu. Kentut tu dijual di Ebay dan tidak diketahui adakah bidaan untuk gas tersebut berjaya atau tak.

Kalau korang ni jenis pelik dan maybe psycho or apa-apa la yang suka benda yang mistik boleh la order 'mayat tiruan' yang diperbuat daripada sejenis campuran getah. tahap keaslian adalah 99.99%. Letak kat rumah korang sure takda sapa nak tumpang bermalam.  nak bagi seram lagi bak rumah dukun-dukun ilmu hitam, order la jugak sedozen tengkorak manusia yang asli ni. pemilik asal tidak dikenalpasti yer.




Jangan tak tau, korang boleh beli kapal terbang sendiri. Yeah.. lepas ni cikgu-cikgu yang posting nun di Sabah Sarawak boleh la order kapal terbang ni untuk memudahkan urusan balik kampung yer.. tak susah pun, diorang akan sediakan khidmat pelanggan yang cekap untuk menguruskan hal-hal cukai dan bayaran loan untuk niat suci korang ni. Tapi risiko tanggung sendiri lah.






Uranium. Salah satu bahan untuk membuat bom nuklear.. kini boleh didapati dengan mudah di internet. Korang boleh jadi saintis persendirian dan cipta bom untuk Happy New Year.



Bila korang dah berjaya jadi saintis uranium, mesti korang akan jadi sasaran ramai pihak. Kerajaan, askar, polis, SWAT, SEAL dan segala bagai. Oleh itu, korang dinasihatkan untuk membeli sebuah kereta kebal atau tank. Juga boleh didapati dengan mudah di internet.




Bila dah lengkap semua di atas, sepatutnya korang perlu berpindah ke tempat yang lebih terpencil dari gangguan musuh. Korang jugak boleh order pulau untuk kegunaan persendirian. Yeah.. nampak tak? macam-macam benda boleh dibeli di internet.



ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...