Ayam Cemani Paling Berkilat

WOW : firedauz 08/Sep/2014




Selalu jumpa ayam cemani yang biasa-biasa ja tapi yang ni bukan main berkilat lagi. Berkenan pulak tengok. Ayam jenis ni bukan luaran je hitam tapi keseluruhan termasuk la organ dalaman. Semuanya hitam. Dalam perubatan China, ayam ni dipercayai sebagai penyembuh pelbagai penyakit. Manakala di Indonesia ia kebiasaannya untuk kegunaan mistik dan ritual tertentu.

Berdasarkan Wikipedia, Baka ini berasal dari Cemani, sebuah kampung berhampiran dengan kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Ia pertama kali dieksport ke Eropah pada tahun 1998 oleh seorang pembiak Belanda, Jan Steverink.



Pada hari ini, ia banyak dibela di Belanda, Jerman, Slovakia dan Czechia.Terdapat banyak baka yang diterbitkan dari Ayam Cemani termasuk "Ayam Hitam Sweden". Idalah dipercayai Ayam Cemani mungkin telah dibawa ke Eropah oleh pelaut Syarikat Hindia Timur Belanda yang menjalankan perniagaan di Afrika dan Asia.


Ayam baka ini boleh mencecah harga ratusan ringgit dan amat jarang diternak secara komersial.
 
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...