Microsoft Umum Windows 10 Sebagai Versi OS Terbaru!

Semasa : firedauz 01/Oct/2014




Tanpa diduga, tanpa khabar angin, tanpa syak, Microsoft secara rasmi mengumumkan versi Windows terbaru dengan nama Windows 10. Apa sudah jadi dengan Windows 9 yang diwar-warkan sebelum ini? Adakah ia hanya sekadar nama dan boleh ditukar sesuka hati?

Adakah ini troll dari Microsoft?

Ramai yang menantikan kemunculan Windows 9 dalam satu majlis pelancaran yang diadakan pada 30 September oleh Microsoft tetapi tiada siapa yang menduga kemunculan Windows 10.

Versi percubaan atau preview Windows 10 akan dikeluarkan sehari selepas pelancarannya dan pengguna boleh memuat turun versi 32bit atau 64bit.

Versi terbaru ini dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2015.
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...