Berjalan Kaki Dari Bosnia Ke Mekah
Senad Hadzic, 47 tahun adalah seorang muslim dari Bosnia berjaya melengkapkan perjalanan bersejarahnya untuk menjadi tetamu Allah di Mekah dengan hanya berjalan kaki sejauh 5700km dari rumahnya hingga ke Mekah pada Disember 2011 yang mengambil masa selama 314 hari.
Perjalanannya amat mencabar kerana terpaksa melalui Serbia, Bulgaria, Turkey, Syria dan Jordan sebelum tiba di Arab Saudi. Dia juga menghadapi pelbagai rintangan cuaca yang tidak menentu dan suhu yang berubah-ubah di setiap negara yang dilaluinya. Oleh itu, dia hanya mampu merancang perjalanan sajauh 20-30km sehari sahaja.
"jujurnya, ramainya yang risaukan saya kerana saya muslim dan perjalanan saya akan melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria tetapi saya bersyukur kerana masyarakat Kristian sangat peramah. Malah, seorang professor dari Serbia mempelawa saya bermalam di rumahnya dan saya merupakan muslim pertama yang menjejakkan kaki di dalam rumah beliau. Satu perghormatan bagi saya" kata Hadzic ketika ditanya pengalamannya.
Di istanbul, dia terpaksa pula bermalam selama 20 hari kerana menuggu kebenaran untuk menyeberangi jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah dan Asia. Menjadi masalah kerana jambatan itu dibuka hanya kepada kenderaan.
Hadzic juga melalui bandar-bandar bahaya di Syria yang pernah menjadi lokasi pertumpahan darah yang dahsyat tetapi menurutnya, dia hanya takutkan Allah dan tidak sekali takutkan peluru dan kereta kebal.
Dia bersyukur kepada Allah kerana perjalanannya menjadi mudah apabila bertemu dengan ramai orang yang sudi membantunya.
Anda semua boleh follow Facebook Fanpage Hadzic di sini.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input