Pak Arab Dan Biawak

INFO : firedauz 13/Nov/2011



Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir. Nama Inggerisnya Spiny-tailed lizards manakala nama saintifiknya pula: Uromastyx aegyptius microlepis. Biawak pasir ini dikatakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional, walau bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.

Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.

 

Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam berdasarkan maksud hadith di bawah.

 
Hadis Khalid bin Al-Walid r.a:
Sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (Khalid) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti Al-Harith dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin Al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami.

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3603


Meh kita layan aksi pak arab dengan dhabnya.

























































kredit : Link
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...