Cara Expert Menggunakan Google

INFO : firedauz 30/Oct/2011




  • Jika anda ingin mencari sesuatu maklumat dalam sesebuah laman web tertentu, anda tidak perlu bersusah payah melayari terus ke laman tersebut dan mencari di dalamnya, anda boleh terus menggunakan search box Google. Contoh : anda ingin mencari artikel kelakar dalam web Mylepak.net. Anda taip saja, kelakar:mylepak.net - dan google akan mencarinya untuk anda.

  • Google juga boleh digunakan sebagai penyemak ejaan. Jika anda sangsi dengan ejaan yang anda ingin gunakan, taip saja di Google dan jika ejaan itu salah, Goole secara sendirinya akan menyenaraikan ejaan yang betul bagi perkataan tersebut. Anda juga boleh mencari maksud perkataan dengan hanya menaip define:. Contoh define:phobia dan Google akan memberikan anda maksud perkataan phobia.

  • Malas menggunakan kalkulator? Guna ja Google sebab Google juga berfungsi sebagai kalkulator. yeah.. anda cuba masukkan ini di seacrh box 110 * (654/8 + 3) dan Goolge akan mengiranya untuk anda.

  • Anda nak mengetahui masa terkini dalam jam seluruh dunia? Anda taipkan saja time dikuti nama tempat atau bandar. Contoh time kuala lumpur dan Google akan tunjukkan kepada anda.

  • Anda juga boleh menggunakan Google untuk mengetahui kadar tukaran matawang dunia. Hebat? Sebagai contoh, taip 100 pounds in ringgit dan Google akan menukarkannya kepada nilai terkini dalam Ringgit Malaysia.

  • Jika anda tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk mencari maklumat, anda boleh menggunakan operator OR. Contoh, lembu OR sapi dan Google anda memberikan maklumat berkenaan dua perkataan itu.

  • Anda ingin mencari sesuatu tetapi tidak mahu diberikan maklumat yang tidak berkaitan? Anda boleh menggunakan operator "-". Contoh anda mahu mencari maklumat tentang hiburan malaysia tetapi tidak mahu melihat berita tentang siti nurhaliza, anda boleh menaipnya seperti ini, hiburan malaysia -siti nurhaliza, dan Google tidak akan sesekali memberikan anda berita tentang siti nurhaliza ( contoh je..).

  • Google juga boleh mencari sesuatu fail mengikut citarasa anda. Contoh, jika anda mahukan maklumat dalam bentuk PDF, taipkan saja maklumat filetype:pdf dan Google akan mencarikannya untuk anda.

  • Mahukan fakta sejarah? Boleh juga guna Google dengan operator "..". Contoh anda mahukan maklumat tentang kereta dalam jangka masa tahun 1990 hingga 2000, anda boleh menaipnya seperti , proton car 1990..2000 dan Google akan memberikan maklumat mengikut citarasa anda.


p/s : Google memang enjin carian yang hebat walaupun design dia nampak ringkas ( mengikut fakta, design kosong putih tu memang sebab programmer dia tak reti nak design pun ).. tapi, performance dia memang mantap habis..

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...