[Info sihat] Punca Kerosakan Hati

INFO : firedauz 22/May/2014


 

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Jelas sekali hati sangat penting dalam keseimbangan tubuh badan. Oleh itu, ia mesti dijaga bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kerosakan hati.

Punca-punca utama kerosakan hati dari segi kesihatan adalah -

1. Kerap tidur lewat dan bangun terlalu lewat adalah punca utama.

2. Tidak membuang air kecil pada waktu pagi.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak mengambil sarapan pagi.

5. Pengambilan ubat terlalu banyak.

6. Pengambilan terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis tiruan.

7. Pengambilan minuman beralkohol.

8. Pengambilan makanan yang digoreng dengan minyak masak terpakai. Seeloknya perlu mengurangkan penggunaan minyak masak apabila menggoreng, dan amalkan penggunaan minyak masak yang baik seperti minyak zaitun. Jangan mengambil makanan goreng apabila anda letih, kecuali jika perlu.

9. Pastikan makanan yang hendak dimakan sudah dimasak dengan baik. Bagi sayuran, amalkan pemakanan sayuran segar dan ulaman. Jika sayuran yang perlu digoreng, pastikan ia tidak berbaki atau tidak disimpan untuk dimakan kemudian.

10. Kita hanya perlu mengamalkan gaya hidup harian yang sihat dan mengamalkan tabiat makan yang baik serta pastikan tubuh anda mendapat rehat yang cukup.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...