Fakta Kabin Pesawat Yang Perlu Anda Tahu
Setiap syarikat penerbangan sudah tentu berbeza cara perkhidmatan untuk penumpang mereka ketika di dalam pesawat dan mungkin ada yang mereka tak nak kita tau macam..
Selak pintu tandas pesawat sebenarnya boleh dibuka dari luar untuk memudahkan jika berlaku kecemasan.
Makanan yang disediakan untuk penumpang adalah berbeza dari menu dan cara penyediaan untuk pilot bagi mengelakkan sabotaj dengan cara meracunkan makanan mereka.
Pilot hanya dibenarkan tidur sebentar secara berjadual ketika penerbangan tetapi selalunya pilot juga tertidur melebihi masanya dalam penerbangan jarak jauh.
Selimut dan bantal yang dibekalkan untuk penumpang bukan selalunya baru tetapi diguna pakai semula dan dikatakan ianya tidak dicuci terlebih dahulu bagi menjimatkan kos dan masa.
Bekalan oksigen dari topeng yang disediakan hanya bertahan selama 15 minit sahaja.
Tahukah anda setiap pesawat kadang-kadang jugak tercabut skru dan tertakluk kepada peraturan sebanyak mana skru yang dibenarkan 'hilang' untuk sesebuah pesawat.
Mungkin tray di hadapan kita tu pernah digunakan para ibu untuk menukar lampin baby.. huuuhu
Pesawat mudah disambar kilat dan fenomena ini adalah normal dan tidak berbahaya.
Jaket keselamatan sering menjadi mangsa kecurian dan masalah ini berlaku dalam semua syarikat penerbangan. Amatlah dukacita jika jaket di bawah tempat duduk kita sudah dikebas orang..
Bekalan air bersih di dalam tandas pesawat bukanlah bersih sangat. :D
Lampu yang cantik di dalam kabin pesawat bukan untuk dekorasi sahaja tetapi sebagai penunjuk arah jika berlaku kecemasan.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input