Cinta Sejati Seekor Anjing

Semasa : firedauz 17/Oct/2012


Kehilangan insan tersayang bukan mudah bagi seseorang untuk menerimanya hatta dalam dunia haiwan sekalipun, satu kehilangan amat dirasai.

Di Filippovka, sebuah kampung di Rusia, menjadi bukti keagungan cinta sejati dalam dunia haiwan :(



Seekor anjing dilihat masih berada di sisi tubuh pasangannya yang sudah tidak bernyawa lagi selepas dilanggar ketika melintas jalan walaupun seminggu sudah berlalu. Ada saksi melihat ia mengheret tubuh anjing betina tersebut ke tepi jalan sejurus ia dilanggar.

Kebanyakkan orang ramai yang melintasi kawasan tersebut pasti akan terdengar 'tangisan sedih' anjing tu di sisi pasangannya.

Menyedari keadaan yang serba pilu tu, ada penduduk yang cuba memujuk dan menarik perhatiannya agar mereka dapat menanam 'bangkai' tersebut. Namun gagal kerana ia akan menyalak kepada sesiapa yang menghampirinya.

Ada penduduk yang ingin memeliharanya berikutan nilai kasih sayang yang ditunjukkan :)





ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...