Fakta Kenapa Lelaki Suka Memasak

LOL : firedauz 29/Oct/2012


Kalau korang nak tau, orang lelaki memang mempunyai bakat memasak yang semulajadi sebab tanpa disuruh pun, orang lelaki akan memasak dengan sukarelanya.. tak percaya? Ada fakta menarik pasal tu :



99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.

Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…



Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, kaum Hawa hendaklah menerima hakikat bahawa...chef-chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..


kredit image : Google
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...