Sifat Keibuan Si Singa
Pemandangan menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurufoto yang sangat bertuah kerana kejadian ini mungkin dapat disaksikan sekali seumur hidup.
Ketika seekor singa betina sedang menerkam mangsanya iaitu seekor babun, tidak disangka-sangka muncul anak babun tersebut di celah-celah dakapan ibunya yang semakin longlai sebelum jatuh ke tanah.
Anak babun yang masih kecil itu cuba menyelamatkan diri dengan memanjat sebatang pokok namun tidak mampu mungkin kerana masih lemah.
Singa betina yang melihat dari tadi gelagat anak babun tersebut mula mendekati dan seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.
Lebih menakjubkan, singa betina tersebut tidak langsung mencederakan anak babun itu malah melindunginya pula.
Apabila ada singa jantan yang cuba mendekati, singa betina lain akan cuba menghalau.
Dari atas pokok, seekor babun yang hanya memerhati dari jauh dari awalnya dengan pantas berjaya merampas kembali sekaligus menyelamatkan anak babun itu yang ketika itu berada di bawah jagaan singa-singa betina.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, seganas-ganas haiwan pun masih tahu erti kasih sayang terhadap anak kecil inikan manusia yang diberikan akal fikiran.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input