Fakta Tentang Google

INFO : firedauz 14/Jan/2013


Kita semua dah tau apa itu Google kan? Sapa yang belum tau apa itu Google, sila bagitau dari hutan manakah kau tinggal.

Bagi yang dah kenal Google, tambah lagi pengetahuan korang. Cekidaut!




  • Nama GOOGLE diambil secara tidak sengaja akibat tersalah eja semasa di awal penghasilannya tambahan lagi domain untuk Googol.com sudah pun diambil.

  • Selama 2 tahun, Gmail dicipta hanya untuk kegunaan staf Google sahaja tetapi mereka melancarkannya selepas mengkaji dan mengenalpasti jenis dan tabiat pengguna email secara khusus.

  • Setiap maklumbalas (feedback) dan teguran yang dihantar kepada Google akan diteliti oleh mereka.

  • Jika anda perasan, design putih, kosong dan bersih di homepage Google sebenarnya memang sengaja dibiarkan begitu kerana pereka Google pada masa tu kurang pengetahuan HTML.

  • Butang SEARCH tidak disertakan di awal kemunculan Google dan pengguna hanya perlu menekan butang Enter pada papan kekunci untuk memulakan carian.

  • Ketika dalam proses pengujian, peserta dilihat seperti menunggu sesuatu walaupun Google homepage telah terpapar semuanya. Untuk menyelesaikan salah faham tersebut, staf Google memasukkan mesej Hakcipta dan Penafian dibawah paparan skrin bagi menujukkan Google homepage telah terpapar dengan lengkap. Anda boleh lihat Google sekarang dan anda akan perasan Google Copyright Menu ada di bawah sekali.

  • Fungsi "Did you mean..." di dalam enjin cariannya telah berjaya melonjak nama Google sebagai enjin carian terbaik.

  • Google memiliki rangkaian kumpulan penterjemahan yang terbesar di dunia.

  • Google sentiasa memantau tabiat dan aktiviti pengguna Google ketika menggunakan enjin cariannya.

  • Prinsip Google : Berikan apa yang mereka mahukan dan bila mereka mahukannya.



Pusat server utama Google.




ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...