Bernasib Baik Atau Malang?

INFO : eisha 30/Nov/2011




Frane Selak, lahir pada 1929 ialah seorang guru muzik dan juga merupakan antara manusia paling bernasib baik. Buktinya :

Pada 1962, Dia melancong menggunakan keretapi dari Sarajevo ke Dubrovnik, namun, keretapi tersebut tergelincir ke dalam sungai yang hampir beku mengorbankan 17 penumpang tetapi Frane berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami patah tangan serta calar.

pada 1963, sekali lagi dia melancong tetapi kali ni dengan menggunakan kapal terbang dari Zagreb ke Rijeka. Penerbangan itu mengalami kecelakaan apabila pintu kapal terbang itu terbuka lalu menyedut keluar Frane serta 19 orang lagi penumpang. Ajaibnya, Frane terjatuh di atas timbunan rumput kering sekaligus menyelamatkan nyawanya. 19 penumpang lagi terkorban.

Pada 1966, Frane menaiki sebuah bas tetapi bas tersebut terbabas ke dalam sebatang sungai mengorbankan 4 penumpang tetapi dia masih terselamat.

Pada 1970, Frane berjaya menyelamatkan diri ketika pam minyak yang sedang digunakan ketika mengisi minyak gagal berfungsi dengan baik lalu terbakar bersama dengan keretanya.

Pada 1973, sekali lagi keretanya terbakar tetapi dia masih juga terselamat dan hanya rambutnya saja terbakar.

Pada 1995, Frane dilanggar sebuah bas tetapi hanya mengalami luka ringan.

Pada 1996, akibat mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan, Frane menjunam ke dalam gaung bersama keretanya tetapi tersangkut pada sebatang pokok. Beberapa ketika selepas dia keluar, keretanya menjunam kembali dan meletup 300 kaki di bawah pokok tersebut.

Pada 2003, Frane memenangi hadiah loteri bernilai 1 juta dollar dan mengambil keputusan untuk melancong ke Australia.

Frane mungkin salah seorang yang paling bertuah atau mungkin juga salah seorang yang paling bernasib malang..
ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...