Fenomena Modern Warfare 3

Semasa : firedauz 12/Nov/2011


Siri Call of Duty terbaru, Modern Warfare 3 berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri di seluruh dunia sampaikan ada yang sanggup memberontak hanya kerana kehabisan stok.

kalau kita tengok gameplay MW3 ( chapter New York ) tak ubah macam filem-filem Micheal Bay khususnya yang terbaru, Transformers 3. Penuh dengan letupan n special effects. Macam dengan siri yang lepas, siri kali ni masih lagi style yang sama : aksi tembak-tembak yang tak henti-henti. Peluru bersimpang siur. Tak boleh duk rehat. Sememangnya siri C0D bukan game yang mementingkan strategy seperti game Arma.



Walau apa pun kelemahan game ni, still boleh buat peminat fanatik dia yang tabah tu jadi hilang kawalan emosi bila stok game tu habis. Macam yang berlaku pada Somorin Sar, 31 yang berang selepas diberitahu stok MW3 telah habis dijual. Menurut saksi, mamat ni duk marah2 pekerja kat BestBuy dan siap ugut lagi akan tembak diorang kat tempat parking keta. Tak cukup dengan tu, diugutnya pulak nak letupkan pasaraya tu. Pekerja yang cuak tu pun terpaksa la report polis.. 



Ada lagi satu kes dekat Perancis yang lagi dahsyat.. Seorang laki bertindak nekad untuk merompak dengan cara melontar gas pemedih mata ke arah sebuah trak ynag membawa muatan stok game MW3 sebanyak 6 ribu salinan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 500 ribu USD.





Kadang-kadang benda ni macam lawak pun ada. Sanggup buat sampai macam tu sebab nak dapat game ja. adui.. tapi, bagus jugak diorang ni sebab buat macam tu untuk dapatkan yang original. Bukan download yang pirated punya.



p/s : Game MW3 telah berjaya dijual sebanyak 6.5 juta salinan di seluruh dunia dalam masa 24 jam saja. Satu rekod yang baru dalam dunia games.


avatar
1 ikan_sepat • 12:32 PM, 14/Nov/2011
Buat game pun boleh dpt byk untung ni...

avatar
2 firedauz • 2:12 PM, 14/Nov/2011
dulu ada dgr yg Codemasters Msia publish game race driver Grid. Pastu dah xda lg dah.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...