Guna Drone Untuk Seludup Dadah

Semasa : firedauz 26/Jan/2015


desktop 1421956964

Seiring dengan kepesatan teknologi kini, pengedar bahan terlarang juga tidak ketinggalan dan mula menggunakan kecanggihan teknologi untuk kepentingan mereka.

Jika suatu masa dahulu, penyeludup menggunakan semua jenis kenderaan darat, air dan udara malah ada yang menggunakan kapal selam buatan sendiri. Tetapi, pendedahan terkini berjaya membongkar taktik terbaru mereka yang menggunakan drone atau quadcopter untuk menyeludup bahan-bahan terlarang seperti dadah.

Pendedahan itu susulan penemuan berpaket dadah bersama drone yang terhempas di sebuah parkir pasaraya di bandar Tijuana berhampiran sempadan Mexico-Amerika.

Agak merisaukan drone kini boleh didapati dengan mudah dan harganya pun tidak terlalu tinggi jika hendak dibandingkan dengan helicopter kawalan jauh yang memerlukan kos penjagaan yang tinggi. Pihak berkuasa kedua-dua negara kini sedang membincangkan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah terbaru itu.

desktop 1421955785

desktop 1421955787


 

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...