Histeria

Pelik : firedauz 07/May/2012


Lepas kes histeria terbaru yang dilaporkan banyak akhbar utama negara ni mendapat liputan, terpikir x apa itu histeria? merujuk kepada Kosmo!, dalam berita tersebut, sekumpulan pelajar wanita di sebuah sekolah menengah di Kedah telah diserang histeria. Mangsa melaporkan bahawa mereka melihat seorang wanita dengan wajah cantik di bahagian kanan dan hodoh di bahagian kiri, dengan sekuntum mawar terselit di telinga kanan.


Gambar Hiasan

Kat bawah ni adalah kronologi kejadian histeria bagi tahun 2008 yang sempat diteroka oleh admin bagi mencari jawapan.

28 Ogos 2008

KUANTAN: Kejadian histeria berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur membabitkan lapan pelajar perempuan selepas tiga hari sesi persekolahan bermula.

8 Ogos 2008

KUCHING: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi.

KUANTAN: Kejadian histeria berulang semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, membabitkan 11 pelajar sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

7 Ogos 2008

SUBANG JAYA: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, diserang histeria selepas dua hari kejadian yang sama berlaku di sekolah itu.

4 Ogos 2008

TELUK INTAN: Seramai 12 pelajar, termasuk empat lelaki, Sekolah Menengah Seri Kandi, histeria ketika mengikuti perkhemahan motivasi dan ceramah.

24 Julai 2008

KUANTAN: Sebilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari, terutama menjelang tengah hari.

Setiap hari hampir empat hingga lima pelajar diserang kejadian misteri itu dan mengikut laporan akhbar seramai 35 pelajar terbabit.

17 Julai 2008

NIBONG TEBAL: Seramai 10 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan (SMKBK) diserang histeria di dalam kelas apabila mahu memulakan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.

19 Jun 2008

CHERAS: Hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri, dipercayai dirasuk makhluk halus.

24 April 2008

TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali daripada menziarahi jenazah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas pada jam 11.30 pagi.

14 April 2008

SEREMBAN: Kira-kira 15 pelajar dan seorang guru perempuan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, diserang histeria.

31 Januari 2008

DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun, alami histeria menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari. Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan.



Dan, yang kat bawah ni pulak kisah histeria versi luar negara...


Pada Julai 1518, di Strasbourg, Perancis, orang ramai tiba-tiba menari tanpa henti dan tanpa rehat selama sebulan. Ia bermula dengan seorang wanita sebelum merebak kepada 34 orang. Kemudian, jumlah itu bertambah kepada 400 orang. Beberapa orang telah mati kerana kepenatan dan sakit jantung. Sampai sekarang, punca histeria itu masih menjadi misteri.

Di India, pada tahun 2001 telah berlaku histeria yang besar. Ia melibatkan lebih 397 orang. Ia bermula di negeri Uttar Pradesh dan kemudian merebak hingga ke kawasan Delhi Timur. Mangsa melaporkan kononnya telah melihat 'monyet jelmaan'.

Berita sensasi itu mencetus ketakutan kepada orang ramai. Mereka yang tahu tentang berita itu dilaporkan terus diserang histeria dan ramai daripada mangsanya ialah lelaki.

Pada akhir tahun 1970-an pula, telah berlaku lebih 40 kali kes 'histeria' di sebuah kilang di Melaka. Semua mangsanya ialah pekerja wanita Melayu. Seperti dalam banyak kes, apabila seorang dirasuk histeria, ia merebak kepada orang lain.

Jadi, apakah yang menjadi punca kepada histeria ni?

Artikel ni dari Kosmo! dan menarik gak untuk dikongsi.

Ada dua pandangan. Dalam kalangan pakar perubatan, puncanya disebabkan oleh sistem saraf. Sebab itulah, pada masa silam, pesakit histeria dikenakan kejutan elektrik, atau disuntik dengan ubat tertentu.

Dalam kalangan ahli psikologi, mereka mengaitkan histeria dengan faktor psikologikal. Bagi tentera yang berperang misalnya, trauma perang itu dianggap puncanya.

Dalam kejadian di Melaka tersebut, ramai pesakit kemudiannya mengadu bahawa mereka mengalami tekanan kerja kerana layanan buruk majikan dan gaji yang rendah. Dalam kes di India itu pula, ia berlaku dalam kalangan mereka yang miskin, berpendapatan rendah dan hidup di kawasan padat penduduk.

Kajian-kajian yang dilakukan di Barat mendapati beberapa pesakit yang kerap diserang histeria ini bermula dengan alam anak-anak yang tidak membahagiakan, ibu bapa bercerai dan insiden tragis lain.

Dalam masyarakat kita pula, kita percaya remaja wanita yang haid lebih mudah diserang kerana makhluk halus suka dengan darah haid. Hakikatnya mungkin berbeza dari perspektif psikologi. Mereka yang haid mungkin berada dalam emosi yang tidak stabil, menyebabkan fikiran mereka lebih mudah terganggu.

Individu yang tertekan secara psikologinya lebih mudah dilanda halusinasi dengan melihat 'makhluk' yang menakutkan. Ketakutan yang melampau ini kemudiannya dipindahkan pula kepada orang lain.

Contagion effects ini berlaku kerana orang yang melihat pesakit histeria turut panik. Ia kemudiannya merebak kepada individu lain di sekitarnya. Biasanya terhadap rakan-rakan karib yang berkongsi pengalaman dan emosi dalam aktiviti seharian. Disebabkan semua orang menjerit ketakutan, ia telah menyebabkan orang yang berada di sekelilingnya turut kerasukan.

Kajian mendapati, gambaran yang menakutkan oleh pesakit tidak sama antara satu sama lain walaupun mereka semuanya mengalami kerasukan tersebut.






Video kejadian histeria di Aceh


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...