Info GLT & Vanishing Spray Dalam FIFA World Cup 2014

Sukan : firedauz 14/Jun/2014


Teknologi Garisan Gol

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah memulakan penggunaan teknologi garisan gol (GLT) pada kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil ini.

Teknologi ini juga akan digunakan pada Kejohanan Piala Kelab Dunia di Tokyo pada Disember ini selain Piala Konfederasi 2013 dan juga Piala Dunia pada 2014.

Teknologi ini diperkenalkan bagi membantu pengadil membuat keputusan penting dalam satu2 perlawanan.

Keputusan ini diambil selepas insiden melibatkan Ukraine, yg dinafikan gol ketika perlawanan menentang England pada kejohanan Euro 2012 lalu.

Dalam perlawanan itu, Ukraine tewas 1-0 kepada England.

GoalRef menggunakan medan magnet untuk menentukan sama ada bola telah melintasi garisan manakala sistem Hawk-Eye pula berdasarkan penggunaan kamera.


Vanishing Spray - Teknologi Terbaru Bolasepak Piala Dunia 2014
(Spray untuk menandai setiap ada pelanggaran peraturan yg terjadi).

Vanishing spray atau dalam istilah kita bererti “semburan penghapus”. Khas untuk digunakan olih para pengadil perlawanan bolasepak di Piala Dunia 2014 ini di sepanjang perlawanan.

Ia berguna untuk menandai kawasan terjadinya pelanggaran, dimana bola akan diletakkan untuk tendangan bebas (di atas tanda yg telah dibuat oleh pengadil).

Dengan tanda spray ini, maka akan menjimat waktu bagi para pemain untuk mengatur pagar hidup ketika situasi bola berhenti. Spray juga berfungsi sebagai pencegah terjadinya tindakan2 curang dari pemain yg akan mengambil sepakan tendangan bebas di daerah berbahaya lawan sebelum pengadil meniupkan wiselnya.

FIFA mendakwa bahwa spray ini sangat selamat untuk digunakan dan tidak menganggu perjalanan pertandingan. Spray ini diperbuat dari bahan asas air dengan dicampur zat2 lain sehingga tanda yg diakibatkan dari spray ini mudah
untuk dibersihkan .

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...