Kecederaan Serius Yang Tidak Disedari
Seorang lelaki tidak sedar telah ditembak di kepala ketika mabuk di sebuah parti sekitar 2005 dan peluru tersebut ditemui oleh doktor terbenam di tengkoraknya 5 tahun kemudian.
Seorang suami yang menyangka sakit di bahagian kepala adalah perkara biasa rupanya ditembak oleh isteri sendiri ketika tidur. Si isteri mengaku tidak sengaja tertembak kepala suaminya.
Ketika berjalan menuju ke rumah, Julia Popova diserang oleh seorang perompak bersenjatakan sebilah pisau dan berlaku sedikit pergelutan. Namun, akibat terlalu takut dan panik, Julia terus pulang tanpa menyedari sebilah pisau tertusuk di belakang lehernya.
Dante Autullo menyangka doktor hanya bergurau ketika ditunjukkan sebatang paku terbenam di dalam otaknya menerusi gambar Xray. Dante ketika ditemubual menyatakan melakukan kerja-kerja pertukangan menggunakan alat penembak paku dia mungkin tertusuk tanpa disedari.
Ketika melakukan kerja pengubah suaian di sebuah resort, Patrick Lawler tidak menyedari tertusuk sebatang paku dari alat penembak paku dan hanya berasa sakit di bahagian gigi beberapa hari kemudian. Dia yang menemui seorang doktor gigi bagaimanapun terkejut apabla diberitahu sebatang paku tertusuk dan hampir mengenai mata kanan serta otaknya.
Seorang lelaki yang sedang berehat di bangku hadapan rumahnya sambil merokok didatangi seorag lelaki yang meminta mancis. Merasakan sesuatu tidak kena, dia menolak namun berlaku pergelutan sebelum lelaki itu melarikan diri. Tanpa disedari, sebilah pisau masih terbenam di belakang badannya dan hanya disedari selepas bangun dari tidur 10 jam kemudian.
Pada 2007, seorang lelaki Jepun yang juga penunggang motosikal berkuasa tinggi telah terbabit di dalam satu kemalangan selepas merempuh penghadang jalan. Dia yang meneruskan perjalanan tidak menyedari sebahagian kaki kanannya terputus dan hanya berhenti apabila melihat rakan membawa 'kaki' kananya yang tertinggal di tempat kemalangan.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input