Kisah Anjing Setia
Adakah legenda Hachiko berulang kembali? Sejak 7 tahun lepas, seekor anjing bernama Capitán dilihat tidur sepanjang malam setiap hari di kubur tuannya Miguel Guzmán yang meninggal dunia pada 2006. Segalanya bermula apabila Capitan didapati hilang pada hari pengkebumian dan sejak itu seluruh ahli keluarga cuba mencari dengan pelbagai cara termasuk mengedarkan poster. Tetapi, tidak seorang pun yang ternampak haiwan tersebut.
Seminggu kemudian beberapa orang yang melalui kawasan perkuburan itu pada lewat petang terlihat seekor anjing sedang terbaring di atas sebuah kubur sebelum pihak pengawal terus menghubungi waris Miguel Guzmán setelah menyedari anjing itu ialah Capitan yang dilaporkan hilang seminggu lalu.
Bagaimana pun selepas dibawa pulang ke rumah, Capitan sering gelisah dan mencakar-cakar pintu untuk keluar. Tidak mengesyaki apa-apa, Capitan dibiarkan keluar tetapi ia hanya pulang ke rumah pada pagi esoknya. Setelah disiasat, Capitan rupanya telah pergi bermalam di atas kubur tuannya sejauh 3 batu.
Kini, hampir 8 tahun berlalu Capitan tidak pernah terlepas untuk menemani tuannya setiap malam dan penjaga kawasan tersebut hanya menutup pagar setelah Capitan sampai pada jam 6 petang.
Adakah sejarah Hachiko berulang kembali? Atau mungkin banyak lagi Capitan dan Hachiko di luar sana yang kisah mereka tidak pernah disedari.
HACHIKO ni ialah anjing yang diberi nama Hachiko berbaka Akita Inu dan lahir pada 10 November 1923. Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".


- Macam Ni La Muka Nampak Hantu
- Apa Yang Patut Anda Rasa Jika Cinta Ditolak?
- Latihan Bodyguard Wanita Di China
- Burger McD Masih OK Selepas 14 Tahun!
- Bekas Miss Universe 1965 Masih Bergetah Sehingga Kini
- 5 Gaya Rambut Pelik
- 28 Gambar Ilusi Yang Buat Korang Tersenyum
- Duhhh.. Idea Sape Ni??
- Aksi Korek Hidung Paling Sempoi
- Keputusan Terkini Liga Malaysia
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input