Koleksi Kisah Lawak #Disember

LOL : firedauz 15/Dec/2012


Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong..."
Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau
sesudah makan, Doktor?"


===============================================================



Satu petang sedang lepak2 tepi tasik USM sambil tgk biawak makan dan student beriadah,ada orang bg flyers promosi roti piza..

Kakak:Nampak mcm sedap...

Adik :Try jom!

Kakak:Halal ke?

Sambil belek2 lagi flyers tu..

Adik :Pergh!..nasib tak pegi lagi..dia tulis 'PORK FREE'

Kakak: !#@#%^&^&#^

===============================================================


Satu hari Sumardi datang ke rumah Ajoi melihat Ajoi bermain dengan kucingnya.

Sumardi: Hmm cantik kucing, kucing ko ker tu?

Ajoi: Yup

Sumardi: Siapa nama kucing ko?

Ajoi: Puteri Intan Manja Siti Nur Kaseh

Sumardi: Peh! panjangnya nama! Abis ko panggil dia aper?

Ajoi: Meow!

===============================================================

Dalam sebuah kelas tabika, di sebuah kawasan perumahan…..

Cikgu: Apa khabar murid-murid? Apa khabar 1Malaysia?

Murid-murid: Baikkkkkk, cikgu.

Cikgu: Semua puasa hari ini? Angkat tangan siapa yang puasa!

Ali: Cikgu, saya cikgu….. saya tak pernah tinggal puasa cikgu!

Cikgu: Bagus, bagus, inilah baru murid cikgu. Walaupun masih kecil, tapi sanggup berlapar dan berdahaga.

Cikgu: Murid-murid lain patut malu pada Ali.

Cikgu: Semua murid berikan tepukan kuat kepada Ali. Ali cikgu nak tanya, awak niat puasa macam mana?

Ali: (Dengan bangganya), SAHAJA AKU BERPUASA RAMADAN ESOK HARI DUA RAKAAT MENGKUT IMAM KERANA ALLAH TAALA!!!!!!!

Cikgu dan murid lain: Terdiam, tak kata apa-apa!!!!

==============================================================

Situasi di pam minyak :
Budak Pam : berapa nak boh pakcik?
pakcik : boh singgit ..
budak : =="??, kenapa singgit jer pakcik??
pakcik : ehh..xboleh boh byk2 nak ..
budak : kenapa plak pakcik?? =="
pakcik : pakcik nie bukan sllu nek moto pon ..nanti minyak tuh basi
budak : (O_O)''

==============================================================

Lelaki : "Awak nak jadi GF kedua saya tak? ?
Perempuan : "Boleh jee ;)
Lelaki : "Betul? :O
Perempuan : "Betul, asalkan awak boleh jadi BF kelima saya :)
Lelaki : -_-

==============================================================



POLIS : "Selamat petang, Encik.. Boleh tengok Lesen, Roadtax ngan IC...?!!"

SUDIN : "Aduh, maaf En... saya lupa bawa Roadtax.. Roadtax saya ada kat bapak saya... semalam dia pakai motor saya.. dia lupa bagi balik roadtax motor ni!!"

Polis kemudian mengeluarkan surat Saman,,,

SUDIN : "Tolong Jangan Saman saya Cik... Saya tak sengaja.. Sekejap Encik, saya nak call bapak saya
.. dia kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman dekat situ jer Cik, Nak mintak dia datang bawakkan Roadtax saya.....!!"

Mendengar SI SUDIN berkata seperti itu... Polis itu agak terkejut,,,""!!

POLIS : "Betul bapak kamu kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman..?"

SUDIN : "Iyer Betul Cik... kalo Encik tak percaya, En. boleh call dia... ini nombor tempat kerja dia, Cik ,,!!"

SI SUDIN memberikan secarik kertas yang berisi nombor telefon
bapanya yang bekerja disana,,!!""

POLIS : "hm...Okeylah, kamu boleh pergi...!!"

SUDIN : " Terima kasih banyak2, Cik,,!!"

Polis itu tiba2 rasa seperti kurang percaya dengan Sudin.. kerana ingin sangat tahu, si Polis itu menelefon nombor
telefon tersebut,,??""

POLIS : "Hello... Selamat Petang... Ini ibupejabat balai polis bukit aman yer ..??"

Suara ditelefon : "iyer Betul... ada yang boleh saya bantu Cik...??l?"

POLIS : "boleh saya tahu, ini di bahagian apa...??”

Suara ditelefon : "Oooh, Ini di bahagian KANTIN Cik… Encik nak 'Order' makanan ker..???”

POLISI : @$#%^&*?*)"*#% (Sial! terkena aku...!!)

=============================================================

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Kees
okan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

=============================================================

Ajoi bermain jissaw puzzle
Setelah berhasil menyusun suatu jigsaw puzzle dgn bangga ia menunjukkkannya pada Sumardi.

Ajoi: Saya hanya memerlukan 5 bulan utk menyusunnya.

Sumardi: Mengapa begitu lama?

Ajoi: Lama? Tengok ni dikotak ni tertulis "Untuk 4-7 tahun”. Power apa aku!

=============================================================

maksud disebalik bunyi-bunyi hon :

* 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap 'HAI'

* 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap "TERIMA KASIH” atau "JUMPA LAGI”
...
* 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

* 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

* 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!… TAK RETI BAWAK KERETA KER”

* 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

"TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. !! ~ :)

=============================================================

Cikgu: Siapa yang ingat pelajaran minggu lepas?

Murid2 Senyap, tiba2 cikgu tanya Ali

Cikgu: Ali ? Awk ingat?

Ali : Sudahlah cikgu, yang lepas tu biarlah
lepas tak usah kita kenang lagi

Cikgu:!@#$%^&8


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...