Kisah Koceng Yang Bertuah

WOW : firedauz 03/Feb/2013




"Pada 30 Januari 2012 yang lepas, hari pertama kami mengambil seekor kucing dan diberi nama "Cheetoh" Love, kami sangat gembira dan sayangkannya...



Tapi, kami agak pelik dengan Cheetoh kerana ia tidak suka bermain-main seperti kucing lain, selera makannya jugak berkurangan dan ia jugak tidak dapat berbaring dengan selesa seolah-olah ada sesuatu yang mengganggunya... kami membawanya ke sebuah klinik haiwan dan mereka di sana tidak banyak yang dapat membantu..




4 bulan selepas itu kami mencuba lagi tetapi dengan sebuah klinik haiwan yang lain hasilnya kami sangat terkejut kerana Cheetoh dikatakan pernah terbabit dalam satu kemalangan sebelum kami memeliharanya dulu.. itu yang menyebabkan ia tidak boleh berbaring seperti kucing lain.. bukan itu saja, Cheetoh juga menghidapi sejenis Diaphragmatic Hernia dan memerlukan rawatan segera.



Syukur kerana pembedahan ke atas Cheetoh berjalan dengan lancar tetapi tiba-tiba tekanan darahnya menurun dengan mendadak, Cheetoh dimasukkan ke ICU selama 6 hari.. kami sangat risau Cheetoh, dua kali sehari kami akan datang melawatnya..



Penjaga dan doktor yang merawat Cheetoh di Washington State University amat menyayangi Cheetoh dan mereka menjaganya dengan sangat baik. Mereka membuat satu penutup mata khas agar ia dapat tidur dengan lena..



Doktor menyatakan, tulang pinggul Cheetoh sedikit retak akibat kemalangan yang menimpanya dan Cheetoh mungkin hidup dalam keadaan sukar selama 7 bulan di jalanan sebelum kami menemuinya..



Ceehtoh akhirnya dibenarkan pulang dan kami berasa sangat gembira dengan keadaan Cheetoh walaupun tubuh Cheetoh masih lagi lemah.. sedikit sebanyak agak merisaukan kami..



Semangat Cheetoh untuk sembuh sangat kuat tetapi, dugaan datang menimpa lagi.. akibat dari kompilasi tekanan darah yang menurun, darah tidak dapat mengalir ke kaki kanan Cheetoh..



Seminggu kemudian, kakinya mula menjadi kurus dan hampir mati.. Cheetoh memerlukan pembedahan lagi tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kami kesempitan wang.. kami memohon bantuan secara online dan berharap sesiapa saja sudi membantunya..



Tiga minggu kemudian, rawatan untuk Cheetoh berjaya dilakukan dan lebih menakjubkan rawatan itu hanya dilakukan dirumah kami oleh sekumpulan doktor yang pakar..



Keadaan Cheetoh tidak banyak berubah dan kami perlu menggantikan balutan di kakinya tiga kali seminggu untuk mengelakkan jangkitan..



Kadang kala Cheetoh terpaksa membersihkan sendiri kakinya..



Cheetoh tidak dapat berbaring kerana ada organnya terhentak ke paru-paru akibat dari kemalangan dahulu.. kini Cheetoh boleh berbaring dengan selesa dan kami tahu ia gembira dengan keadaan itu..



Kaki Cheetoh beransur pulih... ia juga semakin berisi mungkin kerana selera makannya juga bertambah...



Sesekali, rakan-rakan membawa kucing peliharaan mereka untuk bermain bersama Cheetoh... Bukan saja gembira, Cheetoh juga suka membuli kucing lain dengan aksi comelnya :)



Kini sudah setahun berlalu.. Cheetoh sudah pulih sepenuhnya.. kami hadiahkannya sebiji bantal dan Cheetoh amat sukakannya. Kepada ramai yang membantu kami semasa Cheetoh di WSU, semoga Tuhan membalas jasa anda semua.."


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...