Koleksi Kisah Lawak #Februari13

LOL : firedauz 19/Feb/2013




Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.





Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!



Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."



Sudin : "Mad? aku dengar ko nak buka kedai jual prepaid ye?"
Samad : "Iye din, kenape? ko nak ikut?"
Sudin : "taknakla, aku tak der modal!!"
Samad : "tak usah modal din, ko ikut aku cukup dah..."
Sudin : "Eh, biar betul ko mad,, ada modal
berapa ko, mad?"
Samad : "tak usah banyak2, cuma modal
Cutter besi besar jer, din..."
Sudin : "Lah, kata tadi nak buka kedai?"
Samad : "Iyelah, kita buka kedai prepaid yang kat blah
ujung sana tuh, kedai tu skrg dah tutup..!!"
Sudin : "CETAAN,,nak merompak rupanya!!"



Anak: apa pasai mama nangis macam mau branak lagi?

Ayah:entahlah. ye bace novel sedih k0t..

Anak: meme.. 

Ayah: mama bace bukku ape?

Anak: buku bank PApa....

AyAh:!#%%^^*(()()



Ada sorg mamat nie, 1st time pergi gym.. dia tengok ada banyak mesin; treadmill, rowing machines, chest-and-back machines, stair climbers/ steppers lah.. macam-macam, sampai dia pening.

Dia pun pergi tanya seorg brother badan ketul-ketul; "Bro, kalau kita nak awek suka kita, nak guna mesin mana? "

Brother badan ketul-ketul pandang dia atas bawah sebelum jawab; "Guna mesin ATM der!!".. :P



Cikgu: Abu, awak bising! Awak nak mengajar kat depan?!
Abu: Boleh jugak, cikgu. Saya TRY..
Cikgu: Baik, saya nak tengok macam mana awak mengajar.
Abu: Okey kelas, hari ni saya lepaskan awak semua balik awal..
Cikgu: Erkkk ~





Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... 

Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?" 

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" 

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya.. 

Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 

Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? 

Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!" 

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir... 

Org Asli : "Lahupa itu berapa?" 

Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"



Girl : * tumbuk bf *
boy : * sabar *
Girl : * tumbuk kuat kuat *
boy : * sabar *
Girl : kenapaa awak tak balas
balik ?
boy : sayaa balas malam pertama
nanti .
Girl : &%!?


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...