Koleksi Lawak #Julai

LOL : firedauz 15/Jul/2012


Suatu hari seorg anggota polis yg menaiki motosikal berkuasa tinggi,berasa hairan kerana ada seorang mat moto berhenti di tgah jalan berhadapan roundabout..wlaupun dah agak lengang kerana takde kenderaan di roundobout tersebut mat moto itu masih tak jalan2. Kerana curiga,polis itupun menahan mat moto tersebut dan menyuruhnya ketepi...

Abg Polis :- Ok..bagus.. ic..lesen.. rodtax sume engko ada,tp aku musykil.. nape ko tak jalan, sedangkan keadaan dah selamat?

Mat moto:- Begini encik, sy sesat tadi..saya nak pergi sek21 uptown Shah Alam,td mase sy tanye org, dorang ckp ikut roundabout ni kul 12, skrg baru kul 10 encik,jd blom bleh jalan la kan?kan?kan??



============================

Tiga orang Jeneral dari Jepun, Jerman dan Indonesia sedang bertanding tentang keberanian tentera dorang dan untuk membuktikannya masing-masing memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahan dorang

Jeneral Jepun : Askar! mari sini!
Askar Jepun : Siap Jeneral!
Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya akan tembak kat kamu!
Askar Jepun : Ok Jeneral

Maka Jeneral tu pun menembak. Oleh kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga berkata...

Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Jeneral Jerman merasa bengang dan memanggil askar dia plak,

Jeneral Jerman : Askar! ko meh sini!
Askar Jerman : Siap jeneral
Jeneral Jerman : Tangkap peluru dari RPG yang saya akan tembak ni
Askar Jerman : Siap Jeneral

Peluru RPG meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berkecai. Si Jeneral sangat bangga dan memberitahu Jeneral Jerman yang askar dia lebih berani bahkan sanggup menangkap bom RPG, meletup dan berkecai. Kemudian sampai pula giliran Jeneral Indonesia,

Jeneral Indonesia : Askar! Ko meh sini!
Askar Indonesia : Siap Jeneral!
Jeneral Indonesia : Ko pegi berlari dalam kawasan yg penuh dengan periuk api tu!
Askar Indonesia : Tidak mau Jeneral !
Jendral Indonesia : cepat !!
Askar Indonesia : Tak mau Jeneral !

Sampai kali kelapan Jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak. Lalu Si Jeneral berkata,

Jeneral Indonesia : Lihat Askar saya yang paling berani. Arahan Jeneral langsung dia tak ikut.

============================

Azliey berbangsa melayu berkawan rapat dengan Mei lin anak berbangsa cina. Suatu hari Azliey dan Mei lin berada di dalam sebuah bas yang penuh sesak...

Azliey: "Aku rasa malu sangat-sangat."

Mei lin: "Aiyaa...apa pasat mau malu ma?"
...
Azliey: "Aku tak sanggup tengok nenek tua tu berdiri, sedangkan kita duduk je kat sini."

Mei lin: "Manyak betul, sikalang kita mau bikin apa ma?" (Dengan muka bersalah)

Azliey: " MARI KITA TUTUP MATA..."

Mei lin: "Haiiiyaa!!!"



==========================

Sebuah bas yang penuh dengan penumpang sedang laju menurun bukit dan seseorang lelaki plak mengejar bas tu dari belakang. Seorang penumpang mengeluarkan kepala keluar dari tingkap bas dan berkata kepada orang yang mengejar bas tersebut..

"Weiii bro…! dah la tu, lu takkan dapat naik bas ni!”

Dengan termengah2 orang yg mengejar bas tersebut menjawab, "Saya mesti naik!.. sebab saya la drebar bas ni!"

==========================

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.
Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi : Itu gambar, tuan.
Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.
Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi : Baru kejap tadi tuan.
Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)
Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

====================


ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...