Lindungi Hak Anda Di Laman Sosial

INFO : firedauz 28/Apr/2014


Pernah dengar 'The Biggest Lie On The Internet'? atau penipuan terbesar dalam internet? Biggest lie tersebut ialah bila kita clik YES, AGREED, ACCEPT atau I UNDERSTAND dalam User Agreement. Kebanyakkan pengguna internet tidak pernah pun membaca keseluruhan teks persetujuan tersebut. Mungkin tidak seorang pun pernah membaca sampai habis benda alah tu. Dengan itu, korang secara tidak langsung telah bersetuju secara mutlaknya dengan apa yang terkandung di dalam persetujuan tersebut.

Di mana User agreement ni boleh muncul? Benda ni boleh muncul dalam banyak situasi khasnya yang melibatkan kepentingan profit tertentu dalam sesebuah organisasi. Kebanyakkan blog atau website digalakkan untuk meletakkan user agreement ni atau penafian (disclaimer) bagi menyelamatkan pemilik blog daripada tindakan yang boleh dikenakan. Contoh pelanggaran hakcipta artikel yang disiarkan.

Jika anda adalah pemilik asal karya atau item yang disiarkan, anda mempunyai hak eklusif untuk mengulang siar, menyalin, mengguna, menerbitkan, mengedar atau apa sahaja selagi ia masih menjadi milik anda. Jika sebaliknya, anda tertakluk kepada persetujuan yang dibuat oleh pemilik asal karya itu.

Jika di dalam persetujuan, mengulang siar tanpa kebenaran adalah dilarang, maka anda tidak berhak ke atas karya tersebut dan boleh dikenakan tindakan hakcipta.

Tetapi, bagaimana pula persetujuan yang ditetapkan oleh laman social seperti Facebook, Twitter dan Instagram? Dah baca sampai habis ke persetujuan masa pendaftaran tu?

Apakah hakmilik anda di dalam laman social? Profil? No... Gambar dan video ( selepas ini disebut media ) yang anda muatnaik itulah hakmilik anda. Jangan terkejut, walaupun anda adalah pemilik asal media yang dimuatnaik itu, anda sebenarnya telah memberikan lesen kepada laman sosial tersebut untuk menggunakan gambar atau video anda untuk apa jua kepentingan bahkan boleh 'menjual' semua itu kepada pihak ketiga tanpa tertakluk kepada sebarang tindakan.

Facebook

Di dalam terma Facebook, (mungkin berubah),

by posting your pictures and videos, you grant Facebook non-exclusive, transferable, sub-licensable, royalty-free, worldwide license to use any [IP] content that you post on or in connection with Facebook (“IP License”). This IP License ends when you delete your IP content or your account unless your content has been shared with others, and they have not deleted it.  

Fahamkan maksud perkataan “transferable, sub-licensable, royalty-free, worldwide license.” Ia membenarkan Facebook memberikan lesen untuk media yang anda muatnaik tanpa dipersetujui pun. Sentiasa berhati-hati dengan apa jua media yang anda muatnaik atau kongsikan di laman Facebook kerana amat mustahil untuk memadam keseluruhan media tersebut walaupun anda telah memadam akaun anda kerana sistem backup yang dimiliki Facebook.

 


Twitter

Servis perkongsian gambar yang disediakan oleh Twitter juga mempunyai terma serupa:

By uploading content using Twitpic, you are giving “Twitpic permission to use or distribute your content on Twitpic.com or affiliated sites.”  You are also granting “Twitpic a worldwide, non-exclusive, royalty-free, sublicenseable and transferable license to use, reproduce, distribute, prepare derivative works of, display, and perform the Content in connection with the Service and Twitpic’s (and its successors’ and affiliates’) business, including without limitation for promoting and redistributing part or all of the Service (and derivative works thereof) in any media formats and through any media channels.”

Hampir menyamai Facebook, Twitter juga dibenarkan oleh anda untuk mengguna media yang dimuatnaik seterusnya digunapakai semula oleh pihak ketiga yang tertakluk di bawah Twitter. Lebih teruk lagi, mereka boleh menjual sebarang gambar atau video yang anda kongsikan. Gambar anda mungkin boleh dibeli oleh syarikat luar seperti majalah, media elektronik serta pengiklanan dan anda tidak dibayar sesen pun.

Siapakah yang paling menerima kesan? Golongan selebriti dikatakan yang paling menerima kesan dari terma tersebut. Gambar yang mereka muatnaik sudah tertakluk kepada persetujuan dan sebarang tuntutan tidak dapat dibuat. Pihak ketiga atau pengguna yang menggunakan gambar tersebut pula tidak tertakluk kepada sebarang tindakan berdasarkan terma Twitpic.

 


Instagram

Begitu juga dengan Instagram, mereka juga berhak ke atas sebarang media yang dimuatnaik sama ada untuk tujuan pengiklanan, publisiti, siaran media cetak atau elektronik dan sebarang profit dari hasil tersebut tidak akan diberikan kepada anda.

 

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan? Anda disarankan untuk meletakan watermark terlebih dahulu kepada media yang ingin anda muatnaik. Lebih selamat, watermark jenis transparent 70-80% dan berada di kedudukan strategik.

Boleh dilakukan walaupun dengan menggunakan Paint. Anda boleh juga menggunakan servis percuma secara online mahupun perisian percuma yang menyediakan fungsi watermark secara automatik.

Watermark mampu menghalang menyebaran secara tidak terkawal sebarang media di internet. Dan blogger, webmaster, advertiser mahupun sesiapa sahaja sebolehnya tidak mahu menggunakan media ber-watermark dalam siaran mereka kerana mencacatkan pemandangan.

Cara ini lebih munasabah di zaman serba online ni memandangkan kita tiada pilihan lain kecuali berhenti menggunakan servis laman sosial dan kembali ke zaman 90-an.

 

avatar
1 buffore • 12:27 PM, 28/Apr/2014
gua setuju tapi kebarangkalian facebook nak guna gmbar kita ialah 1:10000000 kali. ha3
tapi gua setuju if watermark ni at least la dapat cegah orang lain copy dan gune gambar tanpa persetujuan.

siul

avatar
2 aisya • 1:53 PM, 28/Apr/2014
tp penat ar nak apply watermark b4 upload.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...