Nak Mati Sila Ke Tempat Lain
Mati tu pasti tapi agak tak logik jugak la bila kematian tu dilarang sama sekali bila berada di sesuatu tempat. Macamna tu?
Kat bawah ni ada 4 tempat yang kematian adalah dilarang sama sekali. Kalau agak2 nak mati tu, boleh keluar dari situ. Seen legit huh
Itsukushima - Japan
Menurut kepercayaan Shinto, Itsukushima adalah sebuah kawasan yang suci sampaikan setiap proses baikpulih dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecelakaan. Sejak tahun 1878, tiada kematiaan mahupun kelahiran dibenarkan di sekitarnya. Wanita yang dah duedate nak beranak tu akan dihantar keluar dari Itsukushima begitu jugak dengan orang-orang tua yang tidak berupaya lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kesihatan.
Longyearbyen - Norway
Sebuah pekan kecil yang mempunyai peraturan yang sama macam di Itsukushima tapi yang disebabkan oleh kawasan perkuburan yang terhad dan diliputi salji. Sudah la diliputi salji, hampir semua mayat yang dikebumikan kat sana tidak reput tapi menjadi fosil akibat suhu sejuk. Jadi, perkuburan diorang sentiasa 'dipenuhi' dengan penghuninya.
Falciano del Massico - Italy
Datuk bandar Falciano ni cakap kawsan dia tidak mempunyai tanah perkuburan yang cukup untuk menampung kematian seterusnya. Agak tak logik sangat bila kawasan yang cukup luas ni dikatakan tidak mempunyai tanah perkuburan yang sesuai. Mungkin kawasan sekeliling tu dah dibeli atau menjadi hakmilik persendirian. Mujur la kita ni ada tanah wakaf..
Sarpourenx - France
Macam tu jugak dengan sebuah perkampungan di selatan Perancis, Sarpourenx ni.. Peraturan yang melarang kematian di kawasan tu dibuat setelah mahkamah menolak permohonan untuk memperluaskan kawasan perkuburan sedia ada.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input