MySpace, Friendster dan Hi5 Pasca Facebook
My Space, Friendster, Hi5.. Suatu masa dulu, nama-nama ni cukup popular di kalangan remaja. Apa dah jadi sekarang? Sebelum kedatangan Facebook ke dunia siber ni, laman sosial seperti MySpace dan Frienster menjadi fenomena di internet. Setiap hari pengguna akan log masuk untuk melihat status terbaru rakan-rakan, siapa yang melawat profil, membaca komen dan memacam la. Keadaan berubah hampir 360 darjah apabila munculnya Facebook.
MySpace
Apa itu MySpace? Juga dikenali dengan My_____) ialah sebuah laman sosial yang secara dasarnya berkisar tentang dunia hiburan, dilancarkan pada Ogos 2003. Dari 2005 hingga 2008, MySpace disahkan sebagai laman web paling dikunjungi di seluruh dunia dan berjaya memintas Google pada 2006. Bagaimanapun, pada 2008 MySpace mula dipintas oleh Facebook selaku laman sosial paling dilawati seluruh dunia dan paling dilawati oleh pengunjung AS pada tahun 2009. Sejak itu, jumlah tersebut semakin menyusut dan pada Oktober 2011, MySpace menduduki tangga ke-103 paling dilawati.
Pada Jun 2009, keseluruhan staf di MySpace adalah lebih kurang 1,600 orang tetapi jumlah tersebut dikurangkan kepada 200 orang sahaja pada Jun 2011 sebelum MySpace dijual kepada Specific Media LLC dan juga selebriti Justin Timberlake dengan nilai $35 juta.
Friendster
Friendster menurut Wikipedia ialah sebuah laman sosial berteraskan permainan atas talian dan muzik yang berpangkalan di Mountain View, California. Sebelum ini, ia lebih kepada laman sosial juga seperti MySpace dan dikatakan Friendster adalah pencetus kepada idea laman sosial yang Facebook kuasai sekarang.
Pada Mei 2011, selepas gelombang Facebook melanda Friendster mula menukar rentak dari laman sosial kepada permainan online tetapi pengguna berdaftar masih boleh meng-akses akaun sosial lama mereka sebelum keputusan survival diambil dengan memadam keseluruhan akaun sosial pengguna dan menjadikan Friendster sebuah laman permaianan online sepenuhnya.
90% trafik Friendster adalah dari Asia. Menurut Alexa, Friendster terkenal di Philippines, Indonesia, Malaysia, Singapore, Pakistan, United Arab Emirates, Sudan, South Korea, Bangladesh dan India.
Hi5
Hi5 diasaskan oleh Ramu Yalamanchi pada 2004 dan beribu pejabat di San Francisco, California. Pada tahun 2008, dari segi pengunjung bulanan, Hi5 berada di kedudukan ke-3. Seperti Facebook dan MySpace, Hi5 juga menyediakan fungsi-fungsi asas sepert perkenalan sesama pengguna, profile, perkogsian gambar, video, status serta komen. Namun, pada tahun 2011 satu lagi laman sosial Tagged membeli milikan penuh Hi5 dan menggabungkan pengguna Hi5 dan Tagged dalam satu laman sosial berteraskan permainan dan sosial network.
- Ayat Pasrah Seorang Kekasih
- Senarai Restoran & Barangan Tidak Halal
- Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas
- Koleksi Gambar Monyet Hisap Rokok
- Khasiat Air Kelapa Muda
- Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code
- Baby Zaman Sekarang..
- Juara Dunia Kategori Melancap
- Siput Babi
- Mengapa Lelaki Tertarik Kepada Payudara Wanita?
-
Pending input