Pulau Terkecil Jadi Tumpuan

WOW : firedauz 13/Apr/2014


Bila bercakap tentang pulau, rata-rata akan membayangkan kehidupan yang segar dan mendamaikan bagaikan berada di sorrga.. tetapi lain pula dengan sebuah pulau yang terletak di tengah tasik tropika terbesar di dunia, Tasik Victoria di Afrika. Pulau tersebut dinamakan Migingo dan saiznya cuma separuh saiz padang bola sepak. Terdiri daripada batu-batu besar, ia dihuni lebih 100 orang. Menurut bancian 2009, pulau itu berpopulasi seramai 131 orang yang terdiri daripada nelayan. Walaupun kecil dan sempit, ia dilengkapi dengan lima buah bar, salun kecantikan, famasi malah hotel juga.

7

8

Migingo mula dihuni sekitar 1991 oleh Dalmas Tembo dan George Kibebe, nelayan yang secara kebetulan singgah di situ. Persekitaran pulau ketika itu agak merbahaya kerana penuh dengan rumpai laut dan ular berbisa. Tidak lama selepas itu, George dan Dalmas membawa lebih 60 rakan nelayan untuk singgah berehat di pulau itu dan lama kelamaan mejadi lokasi penempatan para nelayan dari Kenya, Uganda dan Tanzania. Terdapat sebuah pulau berhampiran yang lebih luas dan nampak lebih sesuai dihuni tetapi tidak diketahui mengapa Migingo menjadi pilihan.


9

12

21

31

41

51

61
Secara teknikalnya, pulau ini adalah hak milik Kenya namun, kerajaan Uganda menyatakan Migingo berada di dalam perairan negaranya. Kes ini berpanjangan dan menjadi masalah kepada nelayan Kenya. Pihak berkuasa yang bimbang sekiranya aktiviti di pulau tersebut dicemari dengan lanun-lanun ganas mengambil inisiatif penggunaan permit penempatan kepada penduduk di situ. Migingo pernah diserang lanun pada 2009 apabila mengetahui faedah yang lumayan dijana setiap hari oleh nelayan Migingo.

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...