Siapa Lelaki Yang Bermain Violin Itu?

WOW : firedauz 10/Apr/2013





Pada satu pagi Januari yang agak dingin di sebuah stesen metro, Washington, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di satu sudut sambil bermain violin. Dia bermain hampir 45 minit dan dalam masa tersebut, hampir 1100 pengguna metro lalu-lalang dihadapannya untuk bergegas ke tempat kerja masing-masing.

Pada 3 minit pertama, seorang lelaki  yang agak berusia menyedari pemain muzik itu dan dia memperlahankan langkahnya dan berhenti untuk beberapa ketika sebelum bergegas kembali ke destinasi asal.Seminit berlalu, datang seorang wanita memberi sedikit wang sambil terus berjalan meninggalkan pemain muzik itu.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki bersandar pada dinding metro sambil mendengar alunan violin yang mungkin baginya amat merdu, tetapi selepas dia melihat jam di tangan, dia juga kembali meneruskan perjalanan. Mungkin sudah lewat ke tempat kerja.

Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 3 tahun kelihatan memberikan sepenuh perhatian kepada pemain muzik itu walaupun terpaksa mengalah dengan desakan ibunya untuk meneruskan langkah. Perkara yang sama dilakukan oleh semua kanak-kanak yang melintasi pemain muzik tersebut. Semuanya juga dipaksa oleh penjaga mereka untuk meneruskan langkah.

Dalam masa 45 minit itu, hanya 6 orang berhenti untuk seketika dan 20 orang memberikan sedikit wang kepadanya. Dia berjaya mengumpul hampir $32 sebelum berhenti mengalunkan melodi violinnya. Tanpa ada sesiapa memberikan tepukan dan tanpa sesiapa pun memberikan perhatian kepadanya selepas suasana sunyi kembali..

Pemain violin itu ialah Joshua Bell, antara pemain muzik berbakat di dunia. Di stesen metro tersebut, dia mengalunkan melodi terbaik pernah ditulis dengan menggunakan violin yang bernilai $3.5 juta!



Sebelum bermain di stesen itu, Joshua Bell membuat persembahan di Boston dan tiket untuk permbahannya bernilai $100.

Adakah ini satu eksperimen baginya untuk menilai sejauh mana orang ramai menghargai nilai sesuatu melodi yang dialunkan? Amat sedih, melodi yang bernilai tinggi itu tidak ramai yang menghargainya walaupun dialunkan percuma secara dekat.



ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...