Tips Mengelak PC Dijangkiti Virus

INFO : firedauz 25/Jul/2011



 

Tak dinafikan.. internet tu memang bukan tempat yang selamat utk pc or laptop kita. Btul x? Worms atau nama bakunya, cecacing senantiasa scan utk mencari lubang2 pc yang x dikawal rapi. Trojan? Selalu ja berselindung disebalik program2 lain n last2 trojan tu berjaya menumpang kat pc kita. Spyware pulak keja dia send report segala aktiviti kita kat tuan dia ( hackers ). Spyware ni cukup berbahaya pada mereka yang suka ber-online banking.. situasi ni juga sama macam Hijackers yang control segala aktiviti browser kita.. Well, bagi sapa2 yang pc dia penah kena virus apa semua ni, proses nak ‘cuci’ boleh jadi sakit kepala. Btul x? Last2.. format. Jadi, kali ni dengan konfiden dan yakin, aku akan terangkan serba sedikit cara2 nak mengelakkan pc kita dari jadi ladang ternakan virus yang digeruni lagi disegani.

 

 

Fikir dengan bijak apa yang kita nak klik – Penting utk kita mengetahui akan apa yang kita nak klik tu. Jangan main hentam ja. Masalah selalunya berlaku bagi orang2 yang kurang pasti dengan apa yang diorang klik. Di sini ada beberapa tips yang patut korang semua tahu :

 

      1. Yang ni memang selalu ditekankan.. Jangan buka file attachment yang diterima melalui emel. Pastikan kita kenal siapa yang hantar emel tu. Hackers ni selalunya hantar emel yang bertajuk pelik2 yang buat kita nak tau apa yang ada kat dalam. Jadi, kalau x pasti, deletekan saja.
      2. Jangan sesekali buka attachment yang jenis filenya tu .exe, .pif, .com, atau .bat kecuali kalau kita tau file tu bersih.. tapi, selalunya file mcm ni adalah berbahaya.
      3. Kalau korang tengah surfing n tetiba ada pop-up cakap pc korang ada virus n click for free scan.., Pedulikan saja.. suma tu gimik utk perdayakan korang klik pop-up tu.

 

      1. Selalunya pop-up ni kalau boleh, akan di-designkan sebagaimana mesej normal dari Windows sendiri dan perdayakan kita utk klik button daripada klik close [X].
      2. Jangan layari laman web lucah! Majoriti spyware, worms bersarang kat web2 lucah.
      3. Jangan layari laman web warez! Sebab, malware selalu dipasang dari web2 macam ni.
      4. Jangan layari laman web crack! Sebab, malware selalu disertakan sekali dengan file crack.
      5. Jika korang peminat setia program P2P seperti Limewire, Ares, sila berhati-hati sebab malware juga aktif dalam saluran P2P.

 

Gunakan perisian Anti-Virus – Penting bagi sesebuah komputer dilengkapi dengan sekurang2nya satu perisian antivirus. Kalau ada antivirus, segala aktiviti kita akan discan terlebih dahulu. Kalau ada virus dikesan dalam file yang kita nak guna tu, antivirus akan halang kita dari terus buka file tu. Jadi, selamat sikit la.


Kemaskini perisian Anti-Virus – Sangat tak berguna sesebuah perisian antivirus tu kalau korang x update database dia. Kalau korang tak update.., antivirus korang xkan dapat kenal virus, spyware, malware baru yang muncul dan kalau pc korang dijangkiti pun, antivirus xkan dapat buat apa2 sebab dia x kenal virus tu. Jadi, sekurang2nya, update la AV korang sekali seminggu..

Pasang perisian Anti-Spyware – Sebagaimana perisian anti-virus, korang jugak disarankan agar memasang perisian anti-spyware sekadar utk memastikan pc korang benar2 dilindungi n kebal.. Tapi, ada antivirus sekarang ni dah disertakan sekali dengan anti-spyware tool. Seperti Webroot antivirus n spysweeper 2011. Jadi, buat pilihan dengan bijak.

Imbas pc anda dengan kerap – Bila dah pasang antivirus tu, kena la selalu scan pc.. ye tak? Cuma nak pastikan pc korang bebas dari anasir jahat. Aku jugak nak sarankan agar korang selalu scan guna online web scanner seperti :

Kaspersky Web scanner
Trend Micro Housecall

 

Gunaka Firewall anda  - Tak dinafikan.. sesetengah orang pandang ringan firewall ni. Tahukan korang bahawa program firewall dapat menghalang sebarang percubaan yang dicurigai dari masuk ke pc korang? Firewall la satu2nya program yang mula-mula sekali memainkan peranan bagi pc yang dihubungkan dalam rangkaian dan seterusnya ke internet. Ironinya, firewall ni penting! Aktifkan sekarang.

Tukar perisian pelayar web – Bagi sesebuah pc yang dipasang system os Windows, ia disertakan sekali dengan pelayar web Internet Explorer. Jadi, IE la yang mula2 digunakan untuk melayari web. Dalam hal ini, tak kira apa pun, hackers kat luar sana sentiasa menjadikan IE sebagai sasaran mungkin sebab IE digunakan secara meluas. Jadi, disarankan agar korang bertukar dari IE ke perisian lain seperti Firefox mahupun Chrome yang lebih selamat. Jika, masih sukakan IE, gunakan saja perisian Lunascape yang menggabungkan enjin browser dari IE, Firefox dan Chrome.

Dengan adanya langkah dan tips di atas ni kiranya dapatla membantu korang suma meminimalkan risiko digodam oleh hackers kat luar sana.  Ketahuilah bahawa ancaman virus baru sentiasa muncul setiap hari.. jadi, mencegah lebih baik dari mengubati.. rite? Cheers..

avatar
1 Afiq • 6:09 AM, 26/Jul/2011
btoi3...
x pyh laa nk formt pc 2-3 kli kan...
kih3... hu2

ED_IN$)?>
avatar Profile Keluar
  • Hantar ke laman sosial Anonymously
  • Klik Untuk Log Masuk:
    avatar
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...